the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
32 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

SFC: Permohonan batal pertuduhan perlu dibuat di Mahkamah Jenayah bukan Sivil

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa permohonan bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin (gambar) dan isterinya, Toh Puan Na’imah Abdul Khalid untuk membatalkan pertuduhan gagal mengisytiharkan harta sepatutnya dibuat di Mahkamah Jenayah dan bukan di Mahkamah Sivil.

Peguam Kanan Persekutuan (SFC) Liew Horng Bin berkata jika permohonan untuk membatalkan pertuduhan itu didengar di Mahkamah Sivil melalui semakan kehakiman, segala bukti berkaitan kes akan didedahkan di mahkamah berkenaan.

“Oleh itu permohonan untuk membatalkan pertuduhan sepatutnya dibuat di Mahkamah Jenayah. Permohonan untuk menggantung prosiding (kes jenayah) sehingga semakan kehakiman diputuskan juga perlu dilakukan di mahkamah berkenaan (jenayah),“ katanya semasa prosiding kes secara dalam talian di hadapan Hakim Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh yang turut disertai peguam Mervyn Lai, mewakili Daim dan Na’imah.

Mahkamah turut mengarahkan pihak-pihak terlibat memfailkan hujahan tambahan sebelum atau pada 1 Mac ini.

Terdahulu, Liew memberitahu mahkamah pihaknya tidak membantah terhadap permohonan Daim dan Na’imah untuk meminda beberapa perenggan dalam permohonan semakan kehakiman itu.

Pindaan itu adalah berhubung notis Seksyen 36(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang dikeluarkan terhadap Daim dan Na’imah.

Selain Daim, 85, dan Nai’mah, 66, turut dinamakan sebagai pemohon ialah empat anak mereka iaitu Asnida, 62, Md Wira Dani, 45, Muhammed Amir Zainuddin, 28, serta Muhammed Amin Zainuddin, 25, serta syarikat Ilham Tower Sdn Bhd. Kesemua pemohon menamakan SPRM serta Pendakwa Raya sebagai responden.

Bagi kebenaran untuk meminda permohonan kebenaran difailkan pada 30 Jan lepas, mereka memohon perintah untuk membatalkan pertuduhan terhadap Daim pada 29 Jan dan Na’imah pada 23 Jan lepas.

Afidavit sokongan diikrarkan peguam Alicia Sabrina Gomez menyatakan Daim dan keluarga memohon antara lain, perisytiharan bahawa kedua-dua notis Seksyen 36(1) Akta SPRM dikeluarkan terhadap Daim dan Na’imah adalah menyalahi undang-undang.

Pada 16 Jan lepas, Hakim Wan Ahmad Farid telah mendengar permohonan Daim dan keluarganya untuk mendapatkan kebenaran bagi memulakan semakan kehakiman terhadap siasatan SPRM dan hakim itu menetapkan 4 Mac untuk keputusan.

Pada 29 Jan lepas, Daim didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan gagal mematuhi notis dengan tidak mengisytiharkan harta termasuk beberapa kenderaan mewah, syarikat dan hartanah di sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Pahang, Negeri Sembilan, Perak dan Kedah.

Na’imah pula didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada 23 Jan lepas atas pertuduhan gagal mematuhi notis agar mengisytiharkan hartanya termasuk Menara Ilham serta beberapa aset lain di sekitar Kuala Lumpur dan Pulau Pinang. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Elm to showcase Saudi digital transformation model at LEAP East Hong Kong, eyes APAC...

Saudi Arabia's Elm Company will take part in LEAP East Hong Kong 2026 as Business Solutions Partner, the company has announced, ahead of the event's opening on 8 July 2026, marking its push to deepen ties with governments, tech ecosystems and businesses across APAC.

Taylor’s College SS15 campus to be transformed into purpose-built student living development

Situated within one of Malaysia’s key education hubs, the project is being developed by Taylor’s Assets, the property investment and asset management arm of Taylor’s Education Group, in partnership with Gamuda Land.

Southeast Asia’s first AIGC creation ecosystem platform – Omirol launched, partnering with China’s V...

The 2026 Malaysia AI Innovation and Development Exchange Forum and the launch of Omirol, Southeast Asia's first native AIGC creation ecosystem platform, were successfully held in Kuala Lumpur. The event was jointly organized by FSBM Holdings Berhad, a Bursa Malaysia-listed company, and MOCHI MEDIA SDN. BHD.

Lawnova returns to spoga+gafa with second-generation robotic mower built for AI boundary setup-free navigation

As spoga+gafa opens its doors in Cologne, Yosemite Robotics is returning to Europe with Lawnova, its own robotic mower brand, and a second-generation lineup designed to move the category beyond wire-free mowing toward boundary setup-free outdoor automation.

Harris Hotel & Conventions Sunshine Penang opens, marking the brand’s first presence in Malaysia

HARRIS Hotel & Conventions Sunshine Penang officially opens its doors today, marking the debut of the HARRIS brand in Malaysia and introducing a vibrant new hospitality, meetings and lifestyle destination in the heart of Ayer Itam.

Montfort Boys Town reinforces Malaysia’s TVET talent pipeline with 107 skilled graduates

Montfort Boys Town has produced yet another cohort of skilled and industry-ready graduates, with all 107 students from its 2026 graduating batch successfully attaining their Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Level 2 certification.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings