the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Shafie: Kerjasama Warisan, Umno tidak mustahil pada PRN Sabah

KOTA KINABALU: Parti Warisan (Warisan) tidak menolak kemungkinan untuk menjalinkan kerjasama dengan Umno Sabah bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Presidennya Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (gambar) berkata perkara itu tidak mustahil sekiranya Umno Sabah turut mempunyai hasrat sama untuk merealisasikan kerjasama berkenaan.

“Kita (Warisan) duduk semeja dengan mereka (Umno Sabah) berbincang untuk kepentingan wilayah Sabah dan rakyat Sabah. Bagaimana ia dapat diterjemahkan untuk dijadikan kenyataan.

“Saya nyatakan kepada (Datuk Seri) Bung (Moktar Radin) bahawa kami (Warisan) ada di sini. Kalau perlu kerjasama antara kita adalah untuk kepentingan rakyat dan wilayah Sabah,“ katanya kepada pemberita selepas merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan Warisan kali keenam di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kehadiran Bung Moktar yang merupakan Pengerusi Perhubungan Umno Sabah ke majlis itu bersama Setiausaha UMNO negeri Datuk Jafry Ariffin dan beberapa ahli Umno Sabah.

Lebih 3,000 perwakilan Warisan dari seluruh Sabah menghadiri perhimpunan agung itu, yang turut diadakan sebagai kesiapsiagaan parti menghadapi pilihan raya negeri.

Mohd Shafie yang juga Ahli Parlimen Semporna dan Ahli Dewan Undangan Negeri Senallang berkata penerimaan ahli akar umbi Warisan di seluruh negeri mengenai hasrat kerjasama dengan Umno Sabah adalah positif.

Beliau berkata Warisan akan mengadakan siri jelajah sebagai persediaan menghadapi PRN, dan pihaknya sentiasa terbuka menerima kehadiran ahli Umno Sabah dalam siri jelajah itu.

Sementara itu, Bung Moktar ketika ditemui pemberita berkata tujuan beliau menghadiri perhimpunan agung Warisan adalah untuk memenuhi undangan Mohd Shafie selaku presiden parti berkenaan.

Bung Moktar yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan berpendapat kehadirannya ke majlis itu bukan satu kesalahan kerana Warisan juga ialah sebahagian daripada komponen dalam kerajaan Persekutuan.

“Pertama, memenuhi undangan. Kedua, kita pun mahu mengambil ilmu politik daripada parti lain,“ katanya.

Ditanya mengenai kemungkinan kerjasama antara Umno Sabah dengan Warisan, Bung Moktar berkata: “Kerjasama mesti mahu ada, tapi bila tidak tahulah.”

Sebelum ini, Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dilaporkan tidak menolak kemungkinan PRN Sabah diawalkan, walaupun tempoh tamat penggal pentadbiran kerajaan negeri sekarang adalah pada Oktober 2025. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

2026 Shandong Innovation-Driven Development Conference & 7th Binzhou Talent Festival Held in Binzhou

BINZHOU, CHINA - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - On July 18, the 2026 Shandong Innovation-Driven Development Conference & 7th Binzhou Talent Festival was held at the Yellow River Delta Trading Center in Binzhou.

Befar Group Achieves Mass Production of 6N-Grade High-Purity Hydrogen Fluoride

BINZHOU, CHINA - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - On July 19, Shandong's Befar Group achieved a technological breakthrough in four key areas of process, engineering, testing, and filling to bring its high-purity hydrogen fluoride (HF) for semiconductor applications to the 6N grade (99.9999%).

Shopee Launches #MyShopeeJingle Competition with S$10,000 Cash Prize and Opportunity to Create Its Next...

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - Shopee today launched #MyShopeeJingle, a nationwide competition inviting tertiary students across Singapore to create the next soundtrack for Shopee's iconic 12.12 campaign.

Freshening Leverages Shopee’s Integrated Solutions to Scale Consumer Brand Zappy

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - As more established Singapore businesses adapt to changing consumer shopping habits, Shopee is helping manufacturers strengthen direct relationships with consumers through e-commerce, enabling traditionally B2B businesses to build recognised consumer brands and drive long-term growth.

1win Breaks World Record by Bringing Football to the Top of Bogotá

BOGOTÁ, COLOMBIA - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - 1win, in partnership with Colombian football creators FUTTO, has officially set a world record by organizing the highest football match ever played on top of a building.

BDMS Launches WellEra Bangkok, a US$865 Million Wellness Complex With Capella Hotel Group as...

BANGKOK, THAILAND - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - Bangkok Dusit Medical Services Public Company Limited (BDMS), one of Asia-Pacific's leading healthcare providers, has unveiled WellEra Bangkok, an approximately US$865 million (THB 29 billion) wellness-integrated development that reimagines how the built environment can actively support healthier, longer lives.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings