the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

SHMMP Aidilfitri: KPDN Sabah periksa 673 premis perniagaan, tiga dikompaun

KOTA KINABALU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sabah telah memeriksa sebanyak 673 premis perniagaan di seluruh negeri sepanjang pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Hari Raya Aidilfitri 2024.

Pengarah KPDN Sabah Geogie Abas berkata tiga daripada premis itu dikenakan kompaun serta-merta kerana dua daripadanya gagal meletakkan tanda harga bagi barangan harga terkawal, manakala satu premis lagi atas kesalahan menggunakan alat timbang tidak ditentusahkan untuk tujuan perdagangan.

“Dua daripada premis itu telah menjelaskan kompaun, manakala satu lagi belum dan diberi masa 14 hari untuk menjelaskan kompaun,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Georgie berkata tempoh pelaksanaan SHMMP itu adalah selama 15 hari, iaitu lima hari sebelum dan dua hari pada hari perayaan dan lapan hari selepas perayaan.

“Sebanyak 19 jenis barangan diwartakan bagi pelaksanaan SHMMP Hari Raya Aidilfitri 2024 di Sabah,” katanya yang sebelum itu melakukan tinjauan di sebuah pasar raya di sini bersempena dengan hari terakhir SHMMP yang bermula 5 April lepas.

Beliau berkata orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan salah laku peniaga semasa berurus niaga boleh menyalurkan maklumat atau aduan kepada kementerian ataupun melalui WhatsApp 019-8488000, http://eaduan.kpdn.gov.my dan pusat panggilan 1-800-886-800.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Lebanon and Israel set for next talks in Italy

Lebanon and Israel will hold their next US-brokered talks in Italy on August 4 as both sides begin implementing a plan for Israeli withdrawals and Lebanese army deployments.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings