the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
27.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Sistem i-Lesen pendekkan tempoh kelulusan enam lesen kepada 24 jam

PUTRAJAYA: Tempoh kelulusan bagi enam jenis lesen kini dipendekkan daripada tujuh hari kepada 24 jam sahaja melalui Sistem i-Lesen yang diperkenalkan Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Menterinya Nga Kor Ming (gambar) berkata enam lesen itu ialah Lesen Kutipan Komersial, Perindustrian, Keinstitusian; Lesen Kutipan Isi Rumah; Lesen Pembersihan Awam; Lesen Kutipan Pembinaan; Lesen Pengangkutan Jauh dan Lesen Pelupusan Operasi Fasiliti.

Beliau berkata Sistem i-Lesen yang dibangunkan Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN) bersama Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) itu akan dapat meningkatkan tahap produktiviti sehingga 90 peratus berbanding sebelum ini.

“Melalui Sistem i-Lesen, tempoh masa yang diambil oleh JPSPN untuk meluluskan permohonan lesen adalah 24 jam setelah bayaran dibuat, berbanding tujuh hari sebelum ini melalui kaedah manual,“ katanya dalam ucapan pada Majlis Pelancaran Inisiatif Digitalisasi Industri Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam Negara di sini hari ini.

Dalam teks ucapan yang dibacakan Ketua Setiausaha KPKT Datuk M Noor Azman Taib, Nga berkata pembayaran fi lesen melalui Sistem i-Lesen itu dapat dibuat “secara serta merta, pada bila-bila masa dan di mana jua pemohon lesen berada”, berbanding kaedah terdahulu iaitu bayaran secara manual di kaunter JPSPN.

Beliau berkata lebih 9,000 pemain industri perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam boleh membuat pembayaran fi lesen melalui Financial Process Exchange (FPX) dengan mana-mana 33 institusi perbankan yang bekerjasama dengan Affin Islamic Bank Bhd.

“Transaksi secara tanpa sentuhan ini secara tidak langsung akan mengurangkan masa dan tenaga yang diperlukan oleh pihak syarikat untuk hadir secara fizikal di kementerian ini untuk membuat pembayaran fi lesen secara manual,“ katanya.

Sementara itu, Nga berkata KPKT bersama JPSPN merancang untuk mengadakan program pembangunan kompetensi untuk warga kerja dalam pengurusan sisa pepejal dengan pemberian kad kompetensi pekerja.

Beliau berkata kad kompetensi menjadi pengiktirafan bagi pekerja di lapangan yang dipastikan telah menerima latihan yang betul dan mempunyai pemahaman asas mengenai Akta Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) serta peraturan-peraturan di bawah akta itu.

Menurutnya, terdapat kira-kira 18,289 pekerja tempatan yang terlibat dalam sektor pekerjaan 3D (sukar, berbahaya dan kotor) yang boleh ditingkatkan kemahiran mereka. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings