the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

SPRM nafi ada hubungi Wan Saiful

KUALA LUMPUR: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki menafikan pegawainya ada menghubungi Datuk Wan Saiful Wan Jan semalam berhubung pendedahan Ahli Parlimen Tasek Gelugor itu bahawa beberapa individu menawarkan ganjaran kepada beliau jika menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Azam berkata beliau telah menyemak perkara itu dengan pegawainya namun didapati tidak ada yang berbuat demikian.

“Boleh jadi orang lain yang hubungi beliau, saya tidak tahu tapi apa yang lebih penting, lebih baik beliau datang ke SPRM atau ke mana-mana balai polis terdekat untuk membuat laporan.

“Ini kerana apabila seseorang itu ditawarkan suapan atau rasuah, adalah menjadi tanggungjawab mereka untuk membuat laporan berlandaskan undang-undang di bawah Seksyen 25 Akta SPRM 2009… kami nak tahu juga apa butir-butir lanjut yang disebut dalam perbualan telefon itu,” katanya kepada media selepas menghadiri Sidang Kemuncak Anti-Rasuah Kebangsaan 2024 di sini hari ini.

Beliau turut memberi jaminan bahawa siasatan telus akan dijalankan selagi kes itu di bawah bidang kuasa SPRM.

Terdahulu, pada sidang kemuncak itu, Perdana Menteri menegaskan mana-mana anggota Kabinet di bawah pimpinannya yang didapati terlibat dengan salah laku rasuah, wajib digugurkan daripada jawatan mereka bagi menyelamatkan negara daripada gejala rasuah dan beliau telah mengarahkan SPRM untuk mengambil tindakan terhadap Jemaah Menteri yang didapati terlibat dengan salah laku itu.

Semalam, Wan Saiful yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu mendedahkan bahawa beliau diarahkan untuk menghubungi pihak SPRM selepas menerima mesej daripada pegawainagensi antirasuah itu berikutan pendedahan mengenai ajakan menyokong Perdana Menteri.

Mengenai kes menantu bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Muhammad Adlan Berhan yang berdepan pertuduhan kes pecah amanah jenayah namun sehingga kini belum dapat dikesan, Azam berkata SPRM belum memutuskan untuk mendakwa beliau tanpa kehadirannya di mahkamah.

“Tuduhan tanpa kehadiran memang boleh dibuat tapi itu pilihan terakhir kerana kami sudah keluarkan waran tangkap dan percaya dia masih boleh balik ke Malaysia,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan Muhammad Adlan dan peguam Mansoor Saat sedang dikesan oleh SPRM bagi membantu siasatan kes penyelewengan projek pendaftaran, pengambilan dan penyimpanan biometrik pekerja asing bagi sebuah kementerian setelah dikenal pasti sudah meninggalkan Malaysia, masing-masing pada 17 dan 21 Mei 2023. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings