the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
27.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

SPRM rangka tiga strategi utama perangi rasuah tahun ini

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah merangka tiga strategi utama di bawah Sektor Operasi dan Pencegahan dalam usaha memerangi rasuah membabitkan perolehan awam, penguat kuasa undang-undang dan grand corruption untuk tahun ini, kata Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki (gambar).

Grand corruption merujuk kepada rasuah berskala besar yang berprofil tinggi dan berkepentingan awam.

“Strategi ini merupakan hala tuju dan dan sasaran SPRM pada tahun 2024 bagi melaksanakan tugas dan tanggungjawab mencegah ketirisan demi meningkatkan hasil negara,“ katanya dalam Amanat Ketua Pesuruhjaya SPRM 2024 yang diedarkan kepada media hari ini.

Bagi perolehan awam, katanya tumpuan SPRM adalah bagi mengelak ketirisan dalam sistem perolehan kerajaan dan memastikan perolehan kerajaan dilaksanakan mengikut undang-undang dan peraturan termasuk kegiatan monopoli projek (kartel), projek terbengkalai atau projek sakit yang melibatkan kerugian besar kepada kerajaan.

Bagi penguat kuasa undang-undang, beliau berkata SPRM menumpukan pembongkaran kes bersifat sindiket seperti penyeludupan, pemerdagangan manusia, permit kerja pekerja asing serta jenayah rasuah melibatkan anggota penguat kuasa yang menjaga pintu sempadan atau pintu masuk negara.

Azam berkata kes yang menyebabkan berlaku ketirisan, menjejaskan dasar kerajaan dalam melaksanakan agihan dana awam atau peruntukan khas kerajaan kepada kumpulan sasar atau kaum tertentu seperti Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP), Skim Keselamatan Sosial Pekerja (Perkeso) dan Skim Pinjaman TEKUN Nasional juga menjadi tumpuan SPRM.

Bagi sektor awam, beliau berkata SPRM akan memfokuskan terhadap pembongkaran kes berkaitan kutipan hasil kerajaan dan pengelakan cukai seperti cukai eksais, cukai perkhidmatan, dan duti import eksport yang sepatutnya diterima kerajaan ntuk pembangunan negara.

“Semua perancangan dan tindakan operasi siasatan perlu diperkemas dan diselarikan dengan perancangan dan tindakan di Sektor Pencegahan melalui tindakan penyiasatan tatakelola dan pendidikan masyarakat yang berimpak tinggi agar lebih berkesan dan menyeluruh,” katanya.

Azam berkata SPRM akan terus menggunakan strategi serampang tiga mata dalam melaksanakan tugas iaitu melalui pendekatan penguatkuasaan, pencegahan dan pendidikan masyarakat selaras dengan fungsi pegawai SPRM di bawah peruntukan Seksyen 7 Akta SPRM 2009 (Akta 694).

Beliau berkata strategi itu adalah berpandukan Pelan Strategik SPRM 2021-2025 yang bersifat holistik dalam memacu negara ke arah bebas rasuah melalui pemerkasaan penguatkuasaan yang berkesan, pencegahan rasuah yang menyeluruh dan pembudayaan integriti bagi memastikan SPRM kekal efektif dan relevan di masa akan datang. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings