the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
30.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Stoking kalimah Allah: Kerajaan Selangor panggil pengurusan KK Mart

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor akan memanggil pengurusan kedai serbaneka KK Super Mart, berhubung penjualan stoking tertera kalimah Allah dirangkaian kedai itu, baru-baru ini.

Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari (gambar) berkata pihak KK Mart perlu membuat penjelasan terperinci kepada kerajaan negeri, terhadap insiden yang mengguris hati umat Islam itu.

Beliau berkata pengurusan kedai serbaneka itu perlu bertanggungjawab dan ikhlas dengan permohonan maaf yang telah dibuat.

“Kita akan memanggil pengurusan KK Mart bagi mendengar penjelasan lanjut berhubung isu tersebut.

“Mereka kena bertanggungjawab dengan isu itu dan pastikan tiada lagi barang-barang yang mengganggu dan melukakan hati umat Islam,” katanya selepas Program Mahabbah Ramadan MADANI bersama penjawat awam Selangor di sini hari ini.

Dalam pada itu, Amirudin berkata kerajaan negeri akan melaksanakan pemeriksaan lanjutan ke atas premis jualan barangan runcit dan serbaneka lain, bagi memastikan tiada lagi penjualan stoking tertera kalimah Allah itu di pasaran di Selangor.

Beliau berkata pemeriksaan menyeluruh melibatkan kerjasama antara Exco Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi negeri Dr Mohammad Fahmi Ngah dan Exco Kemajuan Desa, Perpaduan dan Pengguna negeri Datuk Rizam Ismail itu, dilaksanakan susulan terdapat laporan stoking tersebut turut ditemui di Johor.

“Saya sudah berbincang dengan Mohammad Fahmi berkenaan isu ini, di mana kita juga akan tambah anggota penguat kuasa di bawah Datuk Rizam untuk kita buat pemeriksaan di premis-premis jualan berkaitan termasuk KK Mart.

“Kita mahu pastikan tiada lagi penjualan stoking ini di pasaran dan jika ada, tindakan tegas akan diambil,” katanya.

Amirudin juga mengingatkan semua pihak agar menjaga sensitiviti masyarakat berbilang kaum serta agama dengan kerajaan tidak akan berkompromi dalam melaksanakan undang-undang demi keharmonian negeri. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Banyan Group Residences Unveils Exclusive Banyan Tree Beach Residences Varuna at Laguna Phuket

PHUKET, THAILAND - Media OutReach Newswire - 24 July 2026 - Banyan Group Residences has unveiled Banyan Tree Beach Residences Varuna, a collection of just eight beachfront townhomes within Laguna Phuket.

Novum Studio Secures New Funding to Launch Ahoy Project, an AI-Native Enterprise Transformation Platform,...

NEW YORK, USA - Media OutReach Newswire - 24 July 2026 - Novum Studio, the company behind Frog - a Gen Z social app often described as a "new-generation Snapchat" - said it has raised a new round of funding and will use the proceeds to launch Ahoy Project, an AI-native enterprise communication and collaboration platform, with internal testing scheduled for July 2026.

Shorter Trips, More Meaningful Experiences: OZO Taps into the Rise of Micro-trips Across Asia-Pacific

BANGKOK, THAILAND - Media OutReach Newswire - 24 July 2026 - As travellers across Asia-Pacific increasingly look for greater flexibility and balance in the way they travel, shorter and more frequent getaways are becoming a popular alternative to waiting for one long annual holiday.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings