the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, October 14, 2026
28.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

STR ringankan beban perbelanjaan harian golongan kurang berkemampuan

Special coverage

Budget 2027

Aid, taxes and what it means for your wallet.

Read our coverage

KUALA LUMPUR: Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) menyifatkan sumbangan itu dapat meringankan beban perbelanjaan keperluan harian mereka dalam situasi kos sara hidup masa kini.

Ibu tunggal kepada tiga anak, Aminah Dahlan, 64, berkata duit bantuan itu akan digunakan untuk melunaskan komitmen bulanan seperti bil ulititi selain bagi membeli barangan asas untuk kegunaan keluarga.

“Pemberian STR ini juga tepat pada waktunya kerana tidak lama lagi kita akan sambut Ramadan, jadi bolehlah guna wang itu untuk beli barangan bagi persiapan puasa dan raya.

“Kerajaan patut teruskan inisiatif seperti ini untuk bantu golongan susah, sebab bantuan macam ini banyak ringankan beban kami golongan ibu tunggal,” katanya yang turut bersyukur dengan langkah kerajaan menaikkan nilai STR kali ini.

Pembantu pemasaran, Nur Fatihah Abdul Aziz, 26, turut bersetuju agar bantuan STR ini diteruskan pada masa akan datang kerana ia amat diperlukan bagi mereka yang tidak mampu bekerja atas faktor kesihatan, selain kepada golongan B40 yang diketahui mempunyai pendapatan terhad.

“Jumlah (bantuan) itu dapat bantu untuk jangka masa pendek…kos hidup tinggi sekarang walaupun duduk di luar bandar. Saya harap STR dapat dinaikkan pada masa akan datang ataupun turunkan sedikit harga barangan,” katanya.

Mohamad Faridzul Hakim Mohd Nizam, 25, yang bekerja sebagai seorang pemandu lori pula berkata langkah kerajaan mewujudkan program STR wajar dipuji kerana ia dapat membantu menampung keperluan keluarga.

“Sebagai pencari nafkah utama dalam keluarga, STR sangat membantu meringankan beban saya. Jadi, langkah ini memang bagus, tetapi pendapat saya kerajaan kalau boleh tapis elok-elok golongan mana yang mampu dan tak mampu sebab ramai lagi yang susah di luar sana,” katanya.

Penolong Pegawai Penyelidik di Majlis Bandaraya Ipoh, Nurul Hamizah Nor Ahmad Kefli, 25, pula berkata bantuan STR yang diterimanya akan disimpan untuk tabung kecemasan.

“Gaji bulanan sebenarnya cuma cukup untuk tampung makan minum harian serta duit minyak pergi dan balik kerja, jadi bantuan disalurkan ini boleh dijadikan simpanan,” katanya.

Terdahulu, kerajaan menyalurkan pembayaran STR Fasa 1 kepada 8.2 juta penerima, bermula hari ini.

Pembayaran itu akan dibuat kepada penerima yang berdaftar dalam pangkalan data STR melalui pengkreditan ke dalam akaun bank atau disalurkan secara tunai melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) secara berperingkat, mengikut kategori kelayakan STR masing-masing. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Malaysia lags behind regional peers in hybrid rice technology, says minister

Malaysia needs to catch up with China, Vietnam and the Philippines in hybrid rice technology as it seeks to increase domestic rice production and strengthen food security, Agriculture and Food Security Minister Datuk Seri Mohamad Sabu said.

El Niño could drive fish offshore, hit coastal fishermen’s incomes

Coastal fishermen could see their catches and earnings decline if the anticipated El Niño phenomenon brings extreme heat, potentially pushing fish further offshore and beyond the reach of small-scale fishing boats.

Malaysia’s F1 return generates nearly RM950m in economic impact

Malaysia’s return to the Formula 1 calendar has generated an estimated RM950 million in economic impact, with Bahrain covering the hosting rights fees for the event at Sepang International Circuit (SIC).

‘Baba-Baba’ arrangements emerging alongside ‘Ali Baba’ practices: Minister

Rent-seeking in Malaysia appears to be taking on forms beyond conventional “Ali Baba” arrangements, with so-called “Baba-Baba” practices also coming under scrutiny, Economy Minister Akmal Nasrullah Mohd Nasir said.

Young Malaysians spend RM5.4 billion through BNPL schemes in six months

Malaysians aged 30 and below made RM5.4 billion worth of purchases through Buy Now, Pay Later (BNPL) schemes in the first half of 2026, with RM96.8 million in outstanding payments, as the government strengthens safeguards against excessive borrowing.

Most Viewed

spot_img