the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

SUKMA Sarawak penganjuran terbesar libatkan 37 sukan, 484 acara

MELAKA: Penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA) ke-21 yang akan berlangsung di Sarawak pada 17 hingga 24 Ogos, merupakan yang terbesar dalam sejarah temasya sukan itu membabitkan 37 sukan dan 484 acara dipertandingkan.

Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah (gambar) berkata SUKMA 21 akan berlangsung di sembilan daripada 12 bahagian di Sarawak iaitu di Kuching, Samarahan, Serian, Sri Aman, Betong, Sibu, Mukah, Bintulu dan Miri.

“Sebanyak 25 jawatankuasa kerja di bawah jawatankuasa pengelola telah dilantik dan dipengerusikan Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Sarawak, bagi memastikan persiapan dan persediaan penganjuran berjalan dengan lancar.

“Kita menjangkakan penganjuran SUKMA kali ini mampu menarik kira-kira 13,000 atlet dan pegawai, melibatkan penyertaan keseluruhan 13 negeri serta Wilayah Persekutuan dan Brunei,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Kunjung Hormat Jawatankuasa Induk SUKMA dan Para SUKMA ke-21, sempena Promosi SUKMA dan Para SUKMA Sarawak 2024 yang dihadiri Exco Pembangunan Belia Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Melaka VP Shanmugam.

Hadir sama Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak Datuk Seri Fatimah Abdullah dan dan Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti Melaka Datuk Kalsom Nordin.

Abdul Karim berkata perkampungan sukan bagi SUKMA ke-21 akan dibuka di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) bagi bahagian (Kuching/Samarahan/Serian), Desa Sanyan (Sibu), Universiti Teknologi Mara Mukah (Mukah), Universiti Putra Malaysia Bintulu (Bintulu) dan Institut Kemahiran Belia Negara (Miri).

Beliau berkata Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Sarawak pula dilantik sebagai pegawai perhubungan, bagi mengurus kontinjen Melaka agar keperluan dan kebajikan atlet serta pegawai terjamin, sepanjang penganjuran temasya sukan itu berlangsung.

Abdul Karim berkata persiapan penganjuran SUKMA ke-21 berjalan lancar dan semua kontraktor dilantik bagi menaik taraf fasiliti sukan diberi tempoh sehingga Julai, bagi menyiapkan semua kerja ditetapkan.

“Aspek logistik untuk atlet dan pegawai juga diberi perhatian, kerana penganjuran SUKMA Sarawak melibatkan sembilan bahagian dan ia melibatkan kawasan atau jarak yang jauh, tetapi kita sedang mengaturnya supaya berjalan lancar,” katanya.

Sementara itu, Shanmugam berkata Melaka akan menghantar 681 atlet dan pegawai menyertai 36 sukan pada SUKMA Sarawak dan tidak menyertai sukan bola tampar ekoran masalah di peringkat persatuan.

Beliau berkata secara keseluruhan, semua pasukan yang dihantar dilihat mampu memberikan saingan sengit kepada pihak lawan dan menyasarkan emas dalam acara akuatik, gimnastik, gimrama, muaythai dan silat.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Gorilla Technology Completes Acquisition of Shackleton Finance and Launches Gorilla Tech Capital

London, United Kingdom - Newsfile Corp. - 1 July 2026 - Gorilla Technology Group Inc. (NASDAQ: GRRR) ("Gorilla" or the "Company"), a global solution provider in Security Intelligence, Network Intelligence, Business Intelligence, IoT technology and data centres, today announced the successful signing and completion of its acquisition of Shackleton Finance Limited, establishing the foundation for Gorilla Tech Capital, the Company's dedicated regulated capital platform.

#LUXMyWill: Beauty Brand LUX Turns “#BuryMeInThis” From Social Media Trend Into Legal Declaration

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 1 July 2026 - Global beauty brand LUX, in collaboration with VML Singapore, has launched #LUXMyWill — an initiative that transforms one of social media's most talked-about beauty trends into a formal, lasting declaration of personal style.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings