the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
32 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Sultan Mizan titah umat Islam imarahkan masjid sepanjang Ramadan

KUALA TERENGGANU: Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin (gambar) menitahkan umat Islam agar menyambut kedatangan Ramadan dengan penuh keinsafan dan menghidupkan suasana masjid dengan solat fardu serta sunat terawih pada setiap malam.

Sultan Mizan juga menggalakkan masjid menjalankan program iftar bagi mengeratkan silaturrahim antara umat Islam yang sering dihambat dengan kesibukan dalam dunia hari ini.

“Beta mahu rakyat negeri ini mengambil kesempatan dengan kedatangan Ramadan untuk mengimarahkan masjid dengan solat fardu dan terawih setiap malam. Perbanyakkan takbir dan tahmid serta amal ibadat lain.

“Program tadarus yang dijalankan di masjid-masjid juga perlu ditambah baik dari semasa ke semasa kerana program tersebut adalah satu nilai tambah untuk umat Islam mendekatkan diri kepada Allah SWT,“ titah baginda dalam Titah Perutusan Sempena Kedatangan Bulan Ramadan.

Baginda juga mengingatkan umat Islam supaya menunjukkan teladan yang baik dalam memelihara keharmonian dan perpaduan selain menasihatkan umat Islam untuk menjadi insan berjiwa waja dalam mempertahankan kesucian agama yang dibawa oleh nabi Muhammad SAW.

“Hari ini umat Islam menghadapi pelbagai ujian dan cabaran. Oleh itu, beta menyeru agar kita semua dapat mempertahankan kesucian Islam yang dibawa oleh baginda Rasulullah,“ titah baginda.

Di samping itu, Sultan Mizan menyeru supaya rakyat Terengganu mendoakan umat Islam di luar sana yang sedang diuji dengan peperangan agar tabah dalam menempuh dugaan.

“Marilah kita saling bermuhasabah dan mendoakan agar saudara kita yang diuji dengan peperangan diberi kekuatan serta kesabaran dalam menempuh ujian,“ titah baginda.

Melalui perutusan itu juga baginda menyeru supaya umat Islam memperbanyakkan amalan sedekah dan membayar zakat kepada amil yang dilantik oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM). –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Elm to showcase Saudi digital transformation model at LEAP East Hong Kong, eyes APAC...

Saudi Arabia's Elm Company will take part in LEAP East Hong Kong 2026 as Business Solutions Partner, the company has announced, ahead of the event's opening on 8 July 2026, marking its push to deepen ties with governments, tech ecosystems and businesses across APAC.

Taylor’s College SS15 campus to be transformed into purpose-built student living development

Situated within one of Malaysia’s key education hubs, the project is being developed by Taylor’s Assets, the property investment and asset management arm of Taylor’s Education Group, in partnership with Gamuda Land.

Southeast Asia’s first AIGC creation ecosystem platform – Omirol launched, partnering with China’s V...

The 2026 Malaysia AI Innovation and Development Exchange Forum and the launch of Omirol, Southeast Asia's first native AIGC creation ecosystem platform, were successfully held in Kuala Lumpur. The event was jointly organized by FSBM Holdings Berhad, a Bursa Malaysia-listed company, and MOCHI MEDIA SDN. BHD.

Lawnova returns to spoga+gafa with second-generation robotic mower built for AI boundary setup-free navigation

As spoga+gafa opens its doors in Cologne, Yosemite Robotics is returning to Europe with Lawnova, its own robotic mower brand, and a second-generation lineup designed to move the category beyond wire-free mowing toward boundary setup-free outdoor automation.

Harris Hotel & Conventions Sunshine Penang opens, marking the brand’s first presence in Malaysia

HARRIS Hotel & Conventions Sunshine Penang officially opens its doors today, marking the debut of the HARRIS brand in Malaysia and introducing a vibrant new hospitality, meetings and lifestyle destination in the heart of Ayer Itam.

Montfort Boys Town reinforces Malaysia’s TVET talent pipeline with 107 skilled graduates

Montfort Boys Town has produced yet another cohort of skilled and industry-ready graduates, with all 107 students from its 2026 graduating batch successfully attaining their Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Level 2 certification.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings