the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
32.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Sultan Selangor ingatkan orang bukan Islam tidak campuri hal berkaitan agama Islam

SHAH ALAM: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan rakyat khususnya yang bukan beragama Islam agar menghormati dan tidak mencampuri urusan berkaitan hal ehwal agama Islam di negara ini.

Sultan Sharafuddin selaku Pengerusi Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) bertitah demikian susulan cadangan Ahli Parlimen Beruas Datuk Ngeh Koo Ham supaya kerajaan melantik pakar daripada orang bukan Islam untuk membantu Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi Dewan Undangan Negeri (DUN) menggubal undang-undang Islam.

Menerusi hantaran Facebook Selangor Royal Office hari ini, Sultan Selangor turut bertitah bahawa MKI yang dipengerusikan baginda, memegang amanah dan tanggungjawab bagi melaksanakan segala hal ehwal berkaitan umat Islam.

MKI juga dianggotai oleh pakar-pakar yang arif dalam pelbagai bidang khususnya melibatkan undang-undang dan agama Islam.

Justeru, Sultan Selangor mengharapkan agar ahli politik khususnya yang bukan beragama Islam untuk tidak terus-menerus mencampuri urusan hal ehwal agama Islam.

Malah, titah baginda penganut agama lain seharusnya mencontohi umat Islam yang tidak mencampuri hal ehwal agama lain di Malaysia.

Baginda memetik ayat keenam Surah al-Kafirun daripada al-Quran yang bermaksud: “Bagi kamu agama kamu, dan bagiku agamaku”.

Sultan Sharafuddin turut mengambil maklum kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Setiausaha Agong DAP Anthony Loke.

Terdahulu, media melaporkan Loke menegaskan bahawa cadangan Ngeh itu adalah satu kekhilafan mengenai punca kuasa penubuhan jawatankuasa khas berkenaan dan DAP komited terhadap prinsip hormat-menghormati dan keharmonian antara agama serta kaum. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Horizon Motoring named Distinguished Brand of the Year, strengthens its position in Singapore’s used...

Horizon Motoring Pte Ltd, recently recognised as the Distinguished Brand of the Year, continues to demonstrate resilience and growth in Singapore's evolving automotive landscape by staying focused on customer value, market expertise and long-term sustainability.

Jamf launches AI Governance, a first-of-its-kind native AI control plane for Mac

Jamf, the standard in managing and securing Apple at work, has announced general availability of AI Governance, a new capability within Jamf for Mac that enables IT and security teams to discover actively-used AI tools, enforce policy controls, and generate audit-ready reporting.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings