the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 30, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Sultan Selangor perkenan terima zakat perniagaan RM10.8 juta

SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menerima zakat perniagaan berjumlah RM10.8 juta daripada empat syarikat korporat dalam program serahan zakat sempena Majlis Berbuka Puasa Sultan Selangor Bersama Rakyat di sini hari ini.

Empat syarikat berkenaan adalah Kumpulan Perangsang Selangor Berhad dan anak-anak syarikat yang menyerahkan zakat perniagaannya berjumlah RM5.05 juta; Kumpulan Worldwide Holdings Berhad (RM2.82 juta); Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (RM1.91 juta) dan Pertubuhan Kemajuan Pertanian Selangor RM1 juta.

Kesemua syarikat itu menunaikan pembayaran zakat perniagaan bagi tahun kewangan berakhir 2023.

Turut berangkat ke majlis yang diadakan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ialah Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin dan Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah.

Pada majlis sama, Sultan Selangor turut berkenan menyampaikan sumbangan hari raya kepada 430 penerima dari sekitar daerah Petaling melibatkan 118 orang asnaf fakir, 237 orang asnaf miskin dan 75 orang asnaf mualaf.

Kesemua mereka menerima sumbangan RM500 setiap seorang dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM215,000.

Pada majlis sama, Sultan Sharafuddin juga berkenan menandatangani plak Jubli Mutiara sempena sambutan ulang tahun ke-30 penubuhan Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Menerusi kenyataan yang diedarkan kepada media, LZS memaklumkan lembaga itu merekodkan peningkatan kutipan zakat di Selangor daripada RM15.9 juta ketika ditubuhkan pada 1994 kepada RM1.07 bilion pada 2022, bersamaan 17.7 peratus kadar peningkatan tahunan.

Agihan zakat yang dilaksanakan sepanjang 30 tahun itu juga meningkat kepada RM1.05 billion pada 2022 berbanding RM16.3 juta ketika penubuhan LZS 30 tahun lalu.

Secara keseluruhannya, LZS telah mengutip dan mengagihkan melebihi RM10.5 bilion dalam tempoh 30 tahun bagi meringankan beban golongan asnaf.

Turut hadir pada majlis itu ialah Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof; Pengerusi LZS Tan Sri Syed Anwar Jamalullail; Timbalan Pengerusi LZS, Tan Sri Ambrin Buang dan Ketua Pegawai Eksekutif LZS Mohd Sabirin Mohd Sarbini. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

World’s First Commercial Multimodal LLM for Cultural Tourism Enters Broad Application

XI'AN, CHINA - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - The world's first commercial multimodal large language model (LLM) for cultural tourism, called BoGuan, has entered broad application in Xi'an, China.

Hainan FTP marks 6-month milestone of special customs operations, signs deals during Hong Kong...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - As the Hainan Free Trade Port (FTP) marked the six-month milestone since the launch of its full special customs operations, a Hainan provincial delegation wrapped up a three-day visit to Hong Kong.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings