the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Tanah runtuh: Jalan hubungkan empat kampung Orang Asli kini boleh dilalui

GUA MUSANG: Jalan menghubungkan empat perkampungan Orang Asli di Pos Hendrop di sini kini boleh dilalui selepas runtuhan tanah yang berlaku semalam, dibersihkan.

Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) memaklumkan, bagaimanapun jalan yang menghubungkan empat kampung dengan bandar Gua Musang itu hanya dibuka satu lorong kepada kenderaan.

Menurut kenyataan itu, JAKOA Kelantan dan Terengganu menerima laporan daripada penduduk kampung dan beberapa portal akhbar tempatan berkenaan jalan runtuh di laluan berkenaan.

“Memandangkan jalan tersebut berdaftar di bawah Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS) dan berada di bawah pemantauan Pejabat Tanah serta Jajahan Kecil Lojing, pihak JAKOA Kelantan dan Terengganu telah berhubung dengan Penolong Ketua Jajahan berkenaan.

“Beliau (Penolong Ketua Jajahan Kecil Lojing) menyatakan bahawa runtuhan telah dibersihkan, namun hanya separuh daripada runtuhan dapat dibersihkan terlebih dahulu kerana bimbang akan berlakunya runtuhan susulan,” menurut JAKOA menerusi kenyataan hari ini.

Menurut JAKOA, pihak Pejabat Tanah dan Jajahan Kecil Lojing juga memaklumkan bahawa pembersihan berkenaan adalah bersifat sementara, malah tindakan lanjut diusahakan segera bagi kemudahan serta keselamatan penduduk Orang Asli yang terjejas.

“JAKOA akan terus menghulurkan bantuan dari segi aspek sosial dan kebajikan sebagaimana skop penugasan yang ditetapkan menggunakan peruntukan yang disalur oleh kerajaan,” menurut kenyataan itu.

Semalam, lebih 20 keluarga Orang Asli suku kaum Temiar membabitkan penduduk Kampung Hanir, Kampung Gere, Kampung Perlug dan Kampung Tuel di Pos Hendrop terputus hubungan akibat tanah runtuh di laluan utama ke perkampungan mereka.

Berikutan kejadian itu, penduduk terjejas untuk melakukan aktiviti seharian, malah penjaja juga tidak dapat masuk ke penempatan mereka. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings