the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
32.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Tawar khidmat seks kepada polis, wanita Thailand didenda RM1,500

KUALA LUMPUR: Seorang wanita warga Thailand didenda RM1,500 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana menawarkan khidmat seks kepada seorang anggota polis, minggu lepas.

Majistret Illi Marisqa Khalizan menjatuhkan hukuman itu selepas Miss Nipaporn Pharaphong, 24, mengaku bersalah menawarkan khidmat seks itu kepada anggota polis berkenaan dengan bayaran RM100 bagi sekali perkhidmatan seks di dalam bilik sebuah hotel di Jalan Imbi di sini pada 10.30 malam, 14 Dis lepas.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dipenjara sebulan sekiranya gagal membayar denda. Dia membayar denda itu.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Zuhairi Osman memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh, namun peguam Khairunnisa Azzahrah Ghazalie, mewakili tertuduh memohon denda ringan kerana anak guamnya tidak bekerja. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings