the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Tegur bakar sampah, warga emas cedera di muka, kepala kena pukul

MELAKA: Seorang warga emas cedera di bahagian muka akibat ditumbuk dan dipukul di belakang kepala oleh cucu jirannya gara-gara menegur membakar sampah secara terbuka di kawasan tanah mangsa di Tanjung Kling di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Melaka ACP Christopher Patit berkata dalam kejadian 1.20 tengah hari semalam, mangsa yang merupakan wanita berusia 76 tahun itu pergi berjumpa dengan pemilik inap desa untuk menegur perbuatan cucu lelakinya berusia 26 tahun membakar sampah dalam kawasan tanah warga emas itu.

“Mangsa menegur tindakan suspek lelaki itu membakar sampah secara terbuka dalam kawasan tanahnya sehingga menyebabkan mangsa sesak nafas kerana menghidu asap yang banyak.

“Bagaimanapun berlaku pertengkaran mulut antara mangsa dengan suspek sebelum pemuda berkenaan meluru ke arah mangsa dan menumbuk bahagian mukanya beberapa kali,“ katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata mangsa cuba melarikan diri namun suspek sekali lagi memukul bahagian belakang warga emas itu sehingga mangsa terjatuh.

Menurutnya suspek turut mengugut mahu memukul mangsa dengan kayu sebelum wanita itu berlari masuk ke dalam rumah.

Selepas kejadian itu mangsa telah membuat laporan polis.

Christopher berkata akibat dipukul dalam kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan tisu lembut serta sakit di bahagian belakang kepala dan badan, muka serta leher.

Polis menahan suspek pada 12.10 tengah malam tadi bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 506 dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Katanya orang ramai juga dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebabkan berita palsu kerana dikhuatiri menimbulkan kegusaran pada masyarakat.

Satu rakaman video berdurasi 29 saat turut tular di media sosial hari ini. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings