the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, June 25, 2026
29.2 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Tehran: Iran tidak bercadang sertai WTO, keanggotaan dalam blok serantau memadai

TEHRAN: Iran tidak bercadang untuk menyertai Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) dalam tempoh terdekat memandangkan keanggotaannya dalam pertubuhan serantau utama lain adalah setaraf dengan keanggotaan dalam WTO, lapor Sputnik memetik kenyataan Timbalan Menteri Luar bagi Diplomasi Ekonomi Iran, Mahdi Safari.

“Kami adalah negara pemerhati (WTO), dan dengan keanggotaan dalam BRICS, SCO (Persatuan Kerjasama Shanghai), EAEU (Persatuan Ekonomi Eurasia), ECO (Organisasi Kerjasama Ekonomi) – adalah setaraf WTO.

“ Kami tidak melihat keperluan untuk menganggotai WTO… kerana keahlian kami dalam pertubuhan-pertubuhan ini sudah hampir secara automatik menjadi anggota WTO di peringkat serantau dan menikmati manfaatnya. Kedudukan ini menguntungkan semua pihak,“ menurut Safari.

Keanggotaan Tehran dalam kumpulan-kumpulan berkenaan memenuhi hampir kesemua keperluan negaranya di peringkat serantau dan global, menurut diplomat itu.

“Namun jika ditawarkan keanggotaan dalam WTO, Iran akan menyertainya,” katanya.

Pada masa yang sama, diplomat itu yang ditemu bual oleh Sputnik mengenai perdagangan bebas dengan EAEU, berkata perjanjian itu memberi impak besar kepada perdagangan Iran-Rusia, dan mewujudkan prospek untuk menjalin kerjasama yang berjaya dalam kewangan, transit, tenaga, teknologi, dan projek berintensifkan pengetahuan.

Pada Ogos 2023, persidangan peringkat tertinggi ke-15 BRICS di Johannesburg memperluaskan jemputan kepada Iran, Argentina, Mesir, Ethiopia, Emiriah Arab Bersatu dan Arab Saudi untuk menyertai blok itu.

Keanggotaan penuh mereka, kecuali Argentina yang kemudiannya menarik diri untuk menyertai BRICS (Brazil, Rusia, India, China dan Afrika Selatan) di bawah presiden baharu, berkuatkuasa pada 1 Jan 2024. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings