the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Tengku Hassanal berkenan berangkat ke Muzium Kebudayaan Borneo

KUCHING: Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berangkat tiba di Muzium Kebudayaan Borneo di sini yang menampilkan jalan cerita Sarawak serta pameran koleksi asli muzium.

Keberangkatan tiba Tengku Hassanal pada 1.10 tengah hari tadi disambut oleh Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak Datuk Gerald Rentap Jadu dan Timbalan Menteri Utiliti dan Komunikasi Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi.

Baginda meluangkan masa kira-kira hampir dua jam untuk melihat koleksi yang berkaitan dengan masyarakat Borneo yang memaparkan pelbagai kebudayaan dan sejarah di beberapa galeri utama seperti Galeri Objek Idaman, Galeri Peredaran Masa dan Galeri Keharmonian Alam dan Manusia.

Pagi tadi, Tengku Hassanal telah berkenan berangkat ke pejabat Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) di Icom Square dan Menara Sarawak Energy Berhad (SEB) bagi mendengar taklimat ringkas berkenaan Strategi Pemerangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan Karbon Sarawak manakala di Menara SEB, baginda berpeluang memandu uji kereta hidrogen.

Malam ini, baginda dijadualkan berkenan berangkat ke Majlis Santapan Malam di sebuah hotel terkemuka di sini yang akan turut dihadiri Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Addressing medical inflation

Consumers are struggling as medical insurance premiums surge, with over 340,000 dropping coverage amid calls for price regulation and stronger public healthcare

Bora Pharmaceuticals Completes Acquisition of MacroGenics’ Rockville Manufacturing Operations

TAIPEI, TAIWAN - Media OutReach Newswire - 2 July 2026 - Bora Pharmaceuticals Co., Ltd. ("Bora" or "Bora Group"; TWSE: 6472; OTCQX: BORAY) today announced the completion of its acquisition of the GMP manufacturing operations of MacroGenics, Inc. (NASDAQ: MGNX) including its biologics drug substance facility in Rockville, Maryland and an associated warehousing center in Frederick, Maryland, for total consideration of US $122.5 million through its wholly owned subsidiary Bora Biologics USA, LLC.. Upon closing, Bora signed a long-term CDMO Service Agreement with MacroGenics.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings