the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
27.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Teo: Hormat kedaulatan, undang-undang negara jika buat persembahan di Malaysia

KUALA LUMPUR: Semua artis tempatan dan antarabangsa yang berhasrat membuat persembahan di negara ini telah diingatkan untuk menghormati kedaulatan dan undang-undang Malaysia.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital Teo Nie Ching (gambar) berkata perkara berkenaan sememangnya menjadi pendirian kementerian dan juga Kerajaan MADANI.

“Setakat ini 296 konsert artis luar yang telah PUSPAL ( Agensi Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara) luluskan sepanjang tahun ini, semuanya berjalan baik dan mematuhi peraturan yang telah kita tekankan.

Cuma ya, memang ada satu insiden, melibatkan kumpulan The 1975 itu yang memang langgar garis panduan, tapi janganlah disebab satu insiden itu, kita rasa semua konsert perlu dibatalkan,” katanya ketika menggulung perbahasan peringkat jawatankuasa bagi kementerian itu, di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab isu berkaitan kehadiran kumpulan Coldplay yang dijadualkan membuat persembahan di Stadium Bukit Jalil di sini malam ini, yang dibangkitkan ramai Ahli Parlimen semasa sesi perbahasan.

Sementara itu, ketika menggulung perbahasan peringkat jawatankuasa rang undang-undang itu untuk Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), menteri berkenaan Datuk Seri Nancy Shukri berkata sebuah Pusat Subfertiliti Negara akan dibina di Shah Alam, Selangor dengan peruntukan RM171 juta.

Katanya kerja-kerja awal bagi projek itu merangkumi proses penyediaan lukisan reka bentuk dan kerja asas di tapak projek akan bermula tahun hadapan dengan sasaran kemudahan itu dijangka siap pada 2029 dan mula beroperasi mulai 2030.

“Kementerian juga sudah mempunyai rancangan dan program yang akan diperkenalkan tahun hadapan sebagai usaha untuk meningkatkan tahap kesuburan dalam kalangan rakyat,” katanya.

Dewan Rakyat kemudian meluluskan anggaran perbelanjaan mengurus dan pembangunan berjumlah RM3,522,782,300 yang diperuntukkan kepada KPWKM dengan lebih suara menyokong selepas dibahaskan 20 Ahli Parlimen.

Persidangan bersambung esok. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings