the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Terbuka Malaysia: Aaron-Wooi Yik berdepan cabaran juara dunia pada suku akhir

KUALA LUMPUR: Beregu lelaki nombor empat dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik menepati ramalan untuk mara ke suku akhir Terbuka Malaysia 2024 dengan menyingkirkan rakan senegara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani.

Pada aksi pusingan kedua di Arena Axiata di sini hari ini, Juara Dunia 2022 itu tidak menghadapi masalah untuk menewaskan Sze Fei-Nur Izzuddin 21-15, 21-16 dalam masa 37 minit, sekali gus membuktikan status mereka sebagai beregu utama negara.

Namun, cabaran sebenar Aaron-Wooi Yik menanti di pusingan suku akhir esok, apabila bakal berdepan Juara Dunia 2023, Kang Min Hyuk-Seo Seung Jae dari Korea Selatan, yang menewaskan Lee Jhe Huei-Yang Po Hsuan dari Taiwan 21-13, 21-14.

“Agak sedih untuk menyingkirkan rakan sepasukan kerana kita sama-sama berlatih bersungguh-sungguh setiap hari. Malangnya, kami perlu membuktikan kehebatan kami dan bermain dengan lebih konsisten.

Saya dan Aaron dah (lalui) banyak situasi macam ini (menjadi harapan utama), jadi ia tidak jadi halangan dan kita akan fokus aksi esok. Memang aksi yang sengit, harap para penyokong beri sokongan baik untuk membakar semangat kami,” kata Wooi Yik selepas kepada pemberita.

Sementara itu, Aaron berkata akan membuat persiapan rapi untuk bertemu lawan mereka pada aksi esok.

Mengikut rekod pertemuan, Min Hyuk-Seung Jae, yang turut muncul juara Jelajah Dunia Akhir (World Tour Finals) 2023, menewaskan Aaron-Wooi Yik pada pertemuan pertama di Kejohanan Dunia pada Ogos, manakala Aaron-Wooi Yik menyingkirkan mereka pada separuh akhir Terbuka China 2023 selepas itu.

Aaron-Wooi Yik mara ke pusingan kedua Terbuka Malaysia selepas menewaskan Rasmus Kjaer-Frederik Sogaard dari Denmark 20-22, 21-13, 21-13, manakala Sze Fei-Nur Izzuddin mengatasi Supak Jomkoh-Kittinupong Kedren dari Thailand 21-17, 22-20.

Pencapaian terbaik Aaron-Wooi Yik pada Terbuka Malaysia adalah pusingan separuh akhir pada 2019, manakala pada edisi lepas, mereka tersingkir seawal pusingan kedua.

Terdahulu, gandingan beregu lelaki profesional Ong Yew Sin-Yeo Ee Yi menjadi wakil negara yang pertama untuk mengesahkan slot ke suku akhir selepas mencipta kejutan ke atas beregu nombor lima dunia, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen dari Denmark 21-10, 11-21, 24-22.

Ia mengulangi pencapaian tahun lepas apabila hanya dua wakil – Yew Sin-Ee Yi dan beregu campuran Chen Tang Jie-Toh Ee Wei – sahaja yang mara ke suku akhir.

Nasib tidak menyebelahi empat lagi wakil negara di pusingan kedua – perseorangan wanita Goh Jin Wei, Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie, Chan Peng Soon-Cheah Yee See, Tang Jie-Ee Wei (beregu campuran) – yang tewas kepada lawan masing-masing. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings