the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
32.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

TPM mahu agensi kawal selia sempadan negara beroperasi segera

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mahu agensi tunggal yang mengawal selia sempadan negara iaitu Malaysia Checkpoints and Border Agency (MCBA) dapat beroperasi dengan segera demi memelihara keselamatan dan kedaulatan negara.

Beliau berkata kerajaan sentiasa mengutamakan rakyat dalam apa jua perkara termasuk isu berkaitan kehadiran pelarian dan pemohon suaka yang sentiasa berada dalam radar kerajaan untuk ditangani.

“ …soal keselamatan negara kita tidak boleh dikompromikan dan dimanipulasikan oleh mana-mana pihak.

“Saya menggesa semua entiti kerajaan untuk melaksanakan penyelarasan dan penyesuaian terhadap mekanisme perundangan sedia ada agar terus dipatuhi oleh semua yang berada di negara ini,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook hari ini.

Perkara itu antara inti pati Mesyuarat Jawatankuasa Peringkat Tertinggi Pengurusan Pelarian dan Pemohon Suaka (JTPPPS) Bilangan 1 Tahun 2024 yang dipengerusikan oleh Ahmad Zahid.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, mesyuarat itu diadakan antara lain bagi meneliti keputusan serta mengemas kini pelaksanaan gerak kerja oleh kementerian, jabatan dan agensi utama yang terlibat mengenai pelarian. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Ogilvy unveils inaugural 2026 APAC Believability Index as study reveals hidden cost of lost...

Ogilvy's inaugural APAC Believability Index reveals that 93% of consumers quietly disengage when trust is lost, highlighting the commercial impact of declining credibility. The study also introduces an AI-powered diagnostic tool to help organisations identify reputational risks and strengthen consumer confidence.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings