the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Tragedi bongkah batu: Perak tidak akan kompromi isu keselamatan – Saarani

IPOH: Kerajaan Perak sentiasa memantau isu keselamatan khususnya di kawasan berisiko zon batu kapur di negeri ini kerana membabitkan nyawa rakyat.

Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad (gambar) berkata pihaknya tidak berkompromi terhadap mana-mana pihak yang mengabaikan aspek keselamatan kerana ia berisiko mengancam nyawa.

“Kita sentiasa berpegang kepada peraturan dan garis panduan sedia ada dan ia menjadi rujukan utama bagi mana-mana agensi di negeri ini. Sebab itulah kita tubuhkan Jawatankuasa Khas Pembangunan Kawasan Gua dan Kaki Bukit Negeri Perak pada 2022.

“Kerajaan negeri tidak boleh ambil keputusan secara terburu-buru hanya kerana satu kes sahaja untuk kita membuat dasar, sebaliknya mengambil kira semua aspek dan paling penting adalah faktor keselamatan,“ katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan Bantuan Sara Diri dan Bantuan Kecemasan Mahasiswa Perak 2024 di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Perak di sini hari ini.

Pada 8 April lepas, Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad mengesahkan seorang lelaki tempatan berusia 44 tahun, maut akibat ditimpa batu di Perkampungan Riadah dan Budaya Qing Xin Ling dalam kejadian yang berlaku sekitar pukul 11.30 pagi.

Ketika kejadian, mangsa yang berasal dari Pulau Pangkor sedang membawa rakannya warga Vietnam melawat tempat pelancongan berkenaan.

Susulan itu, kawasan pelancongan itu ditutup sementara sehingga laporan penuh insiden itu disiapkan bagi memastikan kejadian sama tidak berulang.

Berhubung gesaan penduduk Taman Saikat supaya tempat itu ditutup selamanya, Saarani berkata kerajaan negeri akan meneliti perkara itu dan mengambil tindakan sewajarnya.

“Kita ambil maklum gesaan dan saranan yang disuarakan penduduk… semua aspek berkaitan kes ini diambil maklum, namun ia bergantung kepada syor yang dikemukakan oleh jawatankuasa kelak yang telah pun bermesyuarat.

“Kita juga dimaklumkan hasil siasatan mendapati berlaku ubah suai pada struktur gua termasuk di kaki bukit oleh ‘tangan’ tertentu yang sepatutnya tidak boleh diusik.

“Macam kes yang berlaku di Qing Xin Ling, pihak pengusaha telah memasang pelindung bagi objek jatuh sebagai langkah keselamatan, namun tahap keselamatan tidak mencukupi,“ katanya.

Menurut Saarani Pejabat Tanah dan Galian (PTG) telah mengeluarkan pekeliling kepada semua pihak berkuasa tempatan (PBT) memastikan setiap pengusaha mempertingkatkan aspek keselamatan.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Befar Group Achieves Mass Production of 6N-Grade High-Purity Hydrogen Fluoride

BINZHOU, CHINA - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - On July 19, Shandong's Befar Group achieved a technological breakthrough in four key areas of process, engineering, testing, and filling to bring its high-purity hydrogen fluoride (HF) for semiconductor applications to the 6N grade (99.9999%).

Shopee Launches #MyShopeeJingle Competition with S$10,000 Cash Prize and Opportunity to Create Its Next...

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - Shopee today launched #MyShopeeJingle, a nationwide competition inviting tertiary students across Singapore to create the next soundtrack for Shopee's iconic 12.12 campaign.

Freshening Leverages Shopee’s Integrated Solutions to Scale Consumer Brand Zappy

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - As more established Singapore businesses adapt to changing consumer shopping habits, Shopee is helping manufacturers strengthen direct relationships with consumers through e-commerce, enabling traditionally B2B businesses to build recognised consumer brands and drive long-term growth.

1win Breaks World Record by Bringing Football to the Top of Bogotá

BOGOTÁ, COLOMBIA - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - 1win, in partnership with Colombian football creators FUTTO, has officially set a world record by organizing the highest football match ever played on top of a building.

BDMS Launches WellEra Bangkok, a US$865 Million Wellness Complex With Capella Hotel Group as...

BANGKOK, THAILAND - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - Bangkok Dusit Medical Services Public Company Limited (BDMS), one of Asia-Pacific's leading healthcare providers, has unveiled WellEra Bangkok, an approximately US$865 million (THB 29 billion) wellness-integrated development that reimagines how the built environment can actively support healthier, longer lives.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings