the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Treler terjunam ke dalam gaung, pemandu maut

SEREMBAN: Seorang lelaki maut selepas treler dipandunya terbabas dan terjunam ke dalam gaung sebelum terbakar sepenuhnya dalam kemalangan di KM255 Lebuhraya Utara Selatan arah Utara di sini petang tadi.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Rembau Pegawai Bomba Kanan II Mohamad Hadi Alias berkata 26 pegawai dan anggota bergegas ke lokasi kejadian selepas pihaknya menerima laporan mengenai insiden berkenaan kira-kira pukul 3.20 petang.

Beliau berkata mangsa yang berusia dalam lingkungan 30-an itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat tersepit serta rentung, dan mayatnya telah diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

“Kejadian melibatkan sebuah lori treler membawa muatan kontena jongkong perak yang sedang dalam perjalanan dari Segamat, Johor ke Pelabuhan Klang, Selangor. Ketika kejadian terdapat sebuah lagi treler 16 tan di bahu jalan, yang disyaki rosak.

“Lori dipandu mangsa dipercayai cuba mengelak treler terbabit sebelum terbabas dan jatuh ke dalam gaung dengan kedalaman kira-kira 10 meter,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata seorang lagi pemandu treler tidak mengalami sebarang kecederaan dan operasi ditamatkan pada 5.24 petang. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Lebanon and Israel set for next talks in Italy

Lebanon and Israel will hold their next US-brokered talks in Italy on August 4 as both sides begin implementing a plan for Israeli withdrawals and Lebanese army deployments.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings