the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Tujuh rumah terbakar, lapan keluarga hilang tempat tinggal

KOTA BHARU: Lapan keluarga kehilangan tempat tinggal apabila kediaman mereka di Jalan Sultanah Zainab, di sini musnah dalam kebakaran kira-kira 8 pagi tadi.

Seorang mangsa Muhamad Haikal Hashim, 21, berkata dia menyedari kebakaran itu selepas adiknya yang berusia lima tahun mengejutkannya daripada tidur dan memberitahu ada asap di dapur.

“Saya terus bergegas ke dapur dan melihat api sedang menyambar dinding.

“Saya kemudian membawa adik keluar menyelamatkan diri kerana kedua ibu bapa, Mardiana Yaakub, 39, dan bapa, Hashim Yusuf, 46, sudah keluar ke pasar sejak awal pagi,” katanya kepada pemberita.

Menurut Muhamad Haikal, dia juga bertindak mengejutkan jiran dan mendapati api merebak dengan cepat pada dinding kayu kesemua rumah di situ.

Zarizi Dollah, 49, berkata dia kerugian agak besar kerana banyak ikan peliharaannya mati, namun bersyukur kerana sempat menyelamatkan abangnya, Khalid, 53, yang lumpuh seluruh badan.

“Selepas melihat keadaan api yang besar, saya terus mengarahkan seorang daripada anak saya membawa keluar abang ke tempat selamat menggunakan kereta sorong.

“Namun begitu, kesemua projek ikan hiasan yang saya usahakan sejak beberapa tahun lepas mati termasuk baka-baka bermutu tinggi,” katanya yang menganggarkan kerugian lebih RM5,000.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Bharu Zukri Shafie berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 8.11 pagi dan tiba lima minit kemudian.

Beliau berkata ketika tiba di lokasi didapati kebakaran sudah hampir 50 peratus dan terus menjalankan operasi pemadaman dengan kekuatan dua pegawai dan 40 anggota daripada BBP Kota Bharu, BBP Darul Naim, BBP Tunjong serta BBP Pengkalan Chepa.

“Api dapat dikawal sepenuhnya pada 9.04 pagi manakala punca dan jumlah kerugian akibat kebakaran sedang disiasat.

“Siasatan awal mendapati sebanyak tujuh rumah separuh kekal dihuni lapan keluarga terlibat dalam kejadian itu,” katanya yang belum dapat mengesahkan jumlah keseluruhan mangsa terlibat. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings