the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 22, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Tuntutan palsu hampir RM1 juta: SPRM tahan pengarah syarikat

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang pengarah syarikat yang disyaki terlibat dengan tuntutan palsu kerja penyelenggaraan stor minyak, pemasangan paip dan kamera litar tertutup (CCTV) berjumlah hampir RM1 juta.

Lelaki berusia 50-an itu ditahan pada kira-kira 7.30 malam semalam ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM dan direman selama empat hari hingga Sabtu ini selepas Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin membenarkan permohonan agensi antirasuah itu.

Menurut sumber, suspek disyaki terlibat dalam tuntutan palsu pada 2021 membabitkan kerja penyelenggaraan stor minyak dan bilik penginapan di Kota Belud, Sabah berjumlah lebih RM490,000.

“Individu itu juga dipercayai telah membuat tuntutan palsu kerja penyelenggaraan stor minyak, pemasangan paip dan CCTV berjumlah lebih RM470,000 di Lahad Datu, Sabah sedangkan kerja-kerja tersebut tidak dilaksanakan,“ katanya.

Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas SPRM Datuk Azmi Kamaruzaman ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu dan berkata siasatan dijalankan mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Lebanon and Israel set for next talks in Italy

Lebanon and Israel will hold their next US-brokered talks in Italy on August 4 as both sides begin implementing a plan for Israeli withdrawals and Lebanese army deployments.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings