the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, October 14, 2026
31.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Veteran ATM tidak berpencen diminta segera kemas kini maklumat untuk terima BSH

Special coverage

Budget 2027

Aid, taxes and what it means for your wallet.

Read our coverage

KEPALA BATAS: Sebanyak 35 peratus daripada 41,000 veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang tidak berpencen, tidak menerima Bantuan Sara Hidup (BSH) kerana gagal mengemas kini data peribadi, kata Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) Mejar Jeneral Zambery Jefry Darus.

Justeru beliau menyarankan mereka supaya segera mengisi maklumat terkini dalam sistem bersepadu Veteran Integrated Benefit System (VIBES) 2.0 bagi membolehkan pembayaran dibuat.

Menurutnya setakat ini 29,000 veteran ATM tidak berpencen berusia 60 tahun ke atas menerima bantuan RM300 yang diberikan secara bulanan sejak September tahun lepas.

“Data-data tersebut perlu dikemas kini dan penting untuk pastikan akaun bank diberikan aktif kerana ramai dalam kalangan veteran yang akaun mereka tidak aktif menyebabkan wang yang cuba dibayar, dipulangkan semula kepada kita,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis penyampaian sumbangan Aidilfitri kepada 200 ahli Persatuan Veteran Tentera Tidak Berpencen (PVTTB) Pulau Pinang serta balu di sini hari ini.

Zambery turut meminta veteran yang mempunyai masalah berhubung bantuan tersebut supaya memaklumkan kepada persatuan dan bukannya mengadu dengan memuat naik hantaran di laman sosial.

Sementara itu beliau berkata pihaknya akan bertemu dengan semua wakil persatuan veteran bagi membincangkan berkaitan perlembagaan dan hal-hal lain berhubung cadangan mewujudkan persatuan induk.

“Dalam pertemuan dengan semua wakil persatuan itu juga kita akan bincang apa perubahan kepada persatuan apabila adanya persatuan induk itu nanti.

“Apabila semuanya diharmonikan, saya percaya dalam hujung tahun ini atau awal tahun depan kita ada satu persatuan baharu yang dikenali sebagai Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM),“ katanya.

Menurutnya cadangan mewujudkan persatuan induk itu sebelum ini telah diluluskan pada peringkat Majlis Veteran Kebangsaan.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Nearly 200,000 homes rescued from troubled housing projects since 2023 – Nga

Nearly 200,000 homes with a combined gross development value (GDV) of RM158 billion have been rescued from stalled, delayed or abandoned housing developments since 2023, Housing and Local Government Minister Nga Kor Ming told the Dewan Rakyat today.

Malaysia lags behind regional peers in hybrid rice technology, says minister

Malaysia needs to catch up with China, Vietnam and the Philippines in hybrid rice technology as it seeks to increase domestic rice production and strengthen food security, Agriculture and Food Security Minister Datuk Seri Mohamad Sabu said.

El Niño could drive fish offshore, hit coastal fishermen’s incomes

Coastal fishermen could see their catches and earnings decline if the anticipated El Niño phenomenon brings extreme heat, potentially pushing fish further offshore and beyond the reach of small-scale fishing boats.

Malaysia’s F1 return generates nearly RM950m in economic impact

Malaysia’s return to the Formula 1 calendar has generated an estimated RM950 million in economic impact, with Bahrain covering the hosting rights fees for the event at Sepang International Circuit (SIC).

‘Baba-Baba’ arrangements emerging alongside ‘Ali Baba’ practices: Minister

Rent-seeking in Malaysia appears to be taking on forms beyond conventional “Ali Baba” arrangements, with so-called “Baba-Baba” practices also coming under scrutiny, Economy Minister Akmal Nasrullah Mohd Nasir said.

Young Malaysians spend RM5.4 billion through BNPL schemes in six months

Malaysians aged 30 and below made RM5.4 billion worth of purchases through Buy Now, Pay Later (BNPL) schemes in the first half of 2026, with RM96.8 million in outstanding payments, as the government strengthens safeguards against excessive borrowing.

Most Viewed

spot_img