the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
32.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Wan Rosdy: PPSAS guna sistem pintar, teknologi hijau

KUANTAN: Pembinaan Pusat Pentadbiran Sultan Ahmad Shah (PPSAS) di KotaSAS, di sini yang akan menjadi pusat pentadbiran baharu Pahang, mengaplikasikan teknologi hijau dan sistem bangunan pintar.

Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata pembinaan bangunan yang terbahagi kepada empat blok utama dengan kos RM415.52 juta itu juga diinspirasikan daripada jata negeri.

“PPSAS menempatkan keseluruhan pentadbiran kerajaan negeri dengan penerapan bangunan pintar yang menekankan ciri keselamatan seperti sistem pengecaman wajah,” katanya semasa berucap pada perasmian PPSAS.

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Al-Sultan Abdullah berkenan mencemar duli menyempurnakan perasmian itu, yang turut menyaksikan keberangkatan paduka-paduka anakanda baginda.

Wan Rosdy berkata PPSAS juga memberi penekanan kepada pemeliharaan alam sekitar sebagaimana dititahkan Seri Paduka yang mahu setiap pembangunan di negeri itu berlandaskan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG).

Selain itu, beliau menyifatkan pembinaan PPSAS bersesuaian dengan masa bagi menggantikan Wisma Sri Pahang di tengah bandar Kuantan yang telah beroperasi lebih lima dekad sejak 1970.

“Bangunan sedia ada pada masa kini berada dalam keadaan amat tidak memuaskan serta tidak ekonomik untuk dibaiki. Pertambahan warga kerja setiap tahun menjadikan ruang kerja terlalu sesak dan menimbulkan ketidakselesaan kepada semua penjawat awam bertugas,“ katanya.

Justeru, Wan Rosdy berkata kewujudan PPSAS diharapkan dapat meningkatkan produktiviti dan mutu perkhidmatan penjawat awam negeri ke arah keseimbangan pembangunan dan kelestarian negeri.

Pada ucapannya, beliau turut memaklumkan kerajaan Pahang setakat 3 Dis lepas berjaya mengutip hasil berjumlah RM1.164 bilion, mengatasi sasaran RM1.083 bilion yang ditetapkan tahun ini sekali gus mengekalkan prestasi kutipan melebihi RM1 bilion bagi tempoh dua tahun berturut-turut. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Horizon Motoring named Distinguished Brand of the Year, strengthens its position in Singapore’s used...

Horizon Motoring Pte Ltd, recently recognised as the Distinguished Brand of the Year, continues to demonstrate resilience and growth in Singapore's evolving automotive landscape by staying focused on customer value, market expertise and long-term sustainability.

Jamf launches AI Governance, a first-of-its-kind native AI control plane for Mac

Jamf, the standard in managing and securing Apple at work, has announced general availability of AI Governance, a new capability within Jamf for Mac that enables IT and security teams to discover actively-used AI tools, enforce policy controls, and generate audit-ready reporting.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings