the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Wan Zack Haikal kekal bersama Perak FC musim depan

IPOH: Desas-desus mengenai masa depan penyerang Perak FC Wan Zack Haikal Wan Noor (gambar) terjawab apabila pengurusan ‘The Bos Gaurus’ bersetuju mengekalkan khidmat bekas pemain kebangsaan itu bagi mengharungi saingan Liga Super musim depan.

Ketua Pegawai Eksekutif Perak FC Bobie Farid Shamsudin berkata pemain berusia 32 tahun itu dijangka menandatangani kontrak rasmi selewat-lewatnya pertengahan bulan ini, selepas bersetuju dengan syarat ditetapkan oleh pihak pengurusan.

“Kita berpuas hati dengan prestasi dan sumbangan diberikan oleh Wan Zack Haikal kepada pasukan sepanjang musim ini.

“Kita juga mengharapkan beliau dapat terus mengekalkan prestasi sekali gus menyumbang kepada kejayaan pasukan untuk saingan liga musim depan,” katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.

Wan Zack dilaporkan ‘dirisik’ beberapa pasukan Liga Super namun beliau menegaskan keutamaannya adalah untuk meneruskan khidmat bersama skuad kendalian Yusri Che Lah itu.

Penyerang kelahiran Maran, Pahang itu telah merekodkan 21 penampilan bersama Perak dan berjaya meledak empat gol, selain mencipta gerakan bagi membolehkan rakan sepasukan menjaringkan gol dalam saingan liga musim ini.

Sementara itu, Bobie Farid berkata semua pemain import Perak FC kekal menabur khidmat bersama pasukan berdasarkan kontrak mereka yang berakhir penghujung musim depan.

Mengulas perancangan Perak untuk musim depan, beliau menjelaskan proses pencarian muka baharu bagi memperkuatkan pasukan akan bermula selepas saingan Liga Super melabuhkan tirai pada pertengahan Disember ini.

“Pada masa ini kita tidak mahu terburu-buru mendapatkan pemain baharu lebih-lebih lagi Liga Super masih berbaki tiga perlawanan.

“Cuma, kita boleh beri jaminan ada pemain yang akan dibawa masuk untuk mengukuhkan lagi keberadaan Perak dalam saingan Liga Super. Itu antara sasaran kita untuk musim depan,” katanya.

Beliau berkata pihak pengurusan juga berpuas hati dengan pencapaian The Bos Gaurus pada tahun ini dengan menyaksikan Perak FC kekal dalam Liga Super selain berjaya melayakkan diri ke peringkat separuh akhir Piala Malaysia. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings