IPOH: Seorang wanita ditemukan meninggal dunia dalam sebuah kereta berkunci di kawasan parkir berhadapan Klinik Pakar, Hospital Raja Permaisuri Bainun, di sini,hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata pihaknya menerima panggilan pada jam 6.07 petang tadi sebelum tiba di lokasi kejadian pada jam 6.24 petang.

“Setibanya jentera di lokasi kejadian, didapati seorang mangsa terkunci di dalam kenderaan jenis Toyota Camry. Anggota bomba membuka pintu kereta menggunakan peralatan khas.

“Mangsa berusia 20 tahun diberi rawatan awal oleh pegawai perubatan di lokasi kejadian dan disahkan meninggal dunia,”katanya dalam kenyataan.

Katanya, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Difahamkan mangsa ditemukan terbaring beralaskan bantal di kerusi penumpang belakang. -Bernama

Clickable Image
Clickable Image
Clickable Image