the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, October 14, 2026
31.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Yazan Al-Arab harap dapat kembali ke Malaysia

Special coverage

Budget 2027

Aid, taxes and what it means for your wallet.

Read our coverage

DOHA: Bekas pemain import Selangor FC Yazan Al-Arab berharap dapat kembali beraksi di Liga Malaysia (Liga-M) suatu hari nanti.

Bek tengah Jordan berusia 27 tahun itu turut berharap agar Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menarik balik penggantungan seumur hidup yang dikenakan terhadapnya susulan tindakan menyepak pengadil dalam satu aksi suku akhir tahun lepas.

Yazan yang turut membantu kemenangan 4-0 Jordan mengatasi Malaysia dalam aksi Kumpulan E saingan Piala Asia 2023 malam tadi berkata, beliau tidak menyimpan dendam sebaliknya berharap skuad Harimau Malaya bangkit dalam perlawanan berikutnya menentang Bahrain dan Korea Selatan nanti.

“Sejujurnya, apa yang berlaku sangat sukar untuk saya. Selepas perlawanan menentang Terengganu FC itu, tiga bulan berikutnya amat sulit, momen paling sukar dalam hidup kerana tidak dapat beraksi bersama pasukan kebangsaan dan terlepas sekurang-kurangnya lima aksi antarabangsa.

“Saya sangat sedih mengenai hukuman penggantungan itu. Saya harap, pada masa depan, mereka (FAM) dapat berikan saya peluang untuk kembali bermain di Malaysia sebab saya sayangkan peminat di Malaysia terutama penyokong Selangor,” katanya ketika ditemui selepas perlawanan malam tadi.

Yazan yang kini beraksi bersama kelab Iraq, Al Shorta, digantung seumur hidup daripada terlibat dengan sebarang aktiviti bola sepak termasuk aktiviti pentadbiran, pengurusan dan kesukanan bola sepak serta aktiviti yang bersampingan dengannya di Malaysia.

Ia susulan tindakannya yang dilihat menyepak pengadil susulan tidak berpuas hati kerana dilayangkan kad merah ketika perlawanan suku akhir kedua Piala Malaysia antara Selangor FC dan Terengganu FC di Stadium MBPJ pada 24 Sept tahun lepas.

“Saya tahu saya melakukan kesalahan…apabila saya menonton video selepas perlawanan, saya katakan ia bukan saya…Saya harap pada masa depan semuanya akan baik sahaja,” katanya. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Nearly 200,000 homes rescued from troubled housing projects since 2023 – Nga

Nearly 200,000 homes with a combined gross development value (GDV) of RM158 billion have been rescued from stalled, delayed or abandoned housing developments since 2023, Housing and Local Government Minister Nga Kor Ming told the Dewan Rakyat today.

Malaysia lags behind regional peers in hybrid rice technology, says minister

Malaysia needs to catch up with China, Vietnam and the Philippines in hybrid rice technology as it seeks to increase domestic rice production and strengthen food security, Agriculture and Food Security Minister Datuk Seri Mohamad Sabu said.

El Niño could drive fish offshore, hit coastal fishermen’s incomes

Coastal fishermen could see their catches and earnings decline if the anticipated El Niño phenomenon brings extreme heat, potentially pushing fish further offshore and beyond the reach of small-scale fishing boats.

Malaysia’s F1 return generates nearly RM950m in economic impact

Malaysia’s return to the Formula 1 calendar has generated an estimated RM950 million in economic impact, with Bahrain covering the hosting rights fees for the event at Sepang International Circuit (SIC).

‘Baba-Baba’ arrangements emerging alongside ‘Ali Baba’ practices: Minister

Rent-seeking in Malaysia appears to be taking on forms beyond conventional “Ali Baba” arrangements, with so-called “Baba-Baba” practices also coming under scrutiny, Economy Minister Akmal Nasrullah Mohd Nasir said.

Young Malaysians spend RM5.4 billion through BNPL schemes in six months

Malaysians aged 30 and below made RM5.4 billion worth of purchases through Buy Now, Pay Later (BNPL) schemes in the first half of 2026, with RM96.8 million in outstanding payments, as the government strengthens safeguards against excessive borrowing.

Most Viewed

spot_img