the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, October 14, 2026
31.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Zahid ucap takziah kepada keluarga Datuk Mohammad Rafi

Special coverage

Budget 2027

Aid, taxes and what it means for your wallet.

Read our coverage

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan takziah kepada keluarga penulis blog dan aktivis politik Allahyarham Datuk Mohammad Rafi Awang Kechik yang meninggal dunia petang semalam.

Menurut Presiden UMNO itu, beliau sempat menziarahi Mohammad Rafi di Hospital Kuala Lumpur (HKL), 5 petang tadi, sebelum Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada 6.40 petang.

Ahmad Zahid menyifatkan Allahyarham sebagai seorang kenalan yang setia dan sering membuat semua orang tertawa setiap kali berada bersama beliau.

“Siapa sangka, pertemuan jam 5 petang tadi merupakan pertemuan terakhir saya bersama Allahyarham Datuk Mohammad Rafi Awang Kechik sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir petang semalam.

“Semoga Allah SWT menerima segala amal baktinya dan menempatkan Allahyarham dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh serta beroleh ganjaran syurga,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Terdahulu, anak Allahyarham Fazrin Anwar memaklumkan bapanya meninggal dunia pada usia 60 tahun.

Beliau berkata bapanya yang juga veteran UMNO itu dimasukkan ke hospital sejak dua minggu lepas susulan faktor kesihatan yang merosot dan doktor mengesahkan Allahyarham menghidap kanser buah pinggang.

“Jenazah akan dikebumikan esok di Tanah Perkuburan Islam Taman Ibukota, Danau Kota, Kuala Lumpur dijangka pukul 11 pagi,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Sementara itu, menurut Facebook milik Mohammad Rafi (yang kini dikendalikan oleh keluarga) jenazah Allahyarham akan dibawa ke Surau Darussalam Sri Tioman 1, Taman Melati pada 9.30 malam ini dan urusan memandikan serta mengkafankan jenazah akan dilaksanakan pagi ini. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Nearly 200,000 homes rescued from troubled housing projects since 2023 – Nga

Nearly 200,000 homes with a combined gross development value (GDV) of RM158 billion have been rescued from stalled, delayed or abandoned housing developments since 2023, Housing and Local Government Minister Nga Kor Ming told the Dewan Rakyat today.

Malaysia lags behind regional peers in hybrid rice technology, says minister

Malaysia needs to catch up with China, Vietnam and the Philippines in hybrid rice technology as it seeks to increase domestic rice production and strengthen food security, Agriculture and Food Security Minister Datuk Seri Mohamad Sabu said.

El Niño could drive fish offshore, hit coastal fishermen’s incomes

Coastal fishermen could see their catches and earnings decline if the anticipated El Niño phenomenon brings extreme heat, potentially pushing fish further offshore and beyond the reach of small-scale fishing boats.

Malaysia’s F1 return generates nearly RM950m in economic impact

Malaysia’s return to the Formula 1 calendar has generated an estimated RM950 million in economic impact, with Bahrain covering the hosting rights fees for the event at Sepang International Circuit (SIC).

‘Baba-Baba’ arrangements emerging alongside ‘Ali Baba’ practices: Minister

Rent-seeking in Malaysia appears to be taking on forms beyond conventional “Ali Baba” arrangements, with so-called “Baba-Baba” practices also coming under scrutiny, Economy Minister Akmal Nasrullah Mohd Nasir said.

Young Malaysians spend RM5.4 billion through BNPL schemes in six months

Malaysians aged 30 and below made RM5.4 billion worth of purchases through Buy Now, Pay Later (BNPL) schemes in the first half of 2026, with RM96.8 million in outstanding payments, as the government strengthens safeguards against excessive borrowing.

Most Viewed

spot_img