the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Zakat fitrah Kedah 2024 ditetapkan RM7, RM14.50 dan RM22

ALOR SETAR: Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) menetapkan tiga kadar zakat fitrah bagi negeri Kedah iaitu RM7, RM14.50 dan RM22 pada tahun ini.

Pengerusi LZNK Datuk Seri Norizan Khazali berkata penetapan itu berdasarkan kepada harga beras mengikut gred dan jenis pada kadar timbangan satu gantang Baghdad bersamaan 2.6 kilogram.

“Semua umat Islam digalakkan untuk menunaikan zakat fitrah mengikut jenis beras yang dimakan. Kadar RM7 bagi beras super spesial tempatan; RM14.50 bagi beras super import, beras perang, beras pulut, beras ponni dan beras wangi manakala RM22 bagi beras basmati, beras Jepun dan beras merah.

“Bagaimanapun, jika beras yang dimakan adalah beras super spesial tempatan, individu tersebut mampu membayar lebih pada kadar RM14.50 atau RM22, maka adalah digalakkan membayar zakat fitrah pada kadar yang lebih baik,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata LZNK juga menggalakkan pembayaran zakat secara dalam talian, selain bayaran dibuat menerusi 2,707 amil yang dilantik di seluruh negeri.

Norizan berkata pembayaran boleh dilakukan melalui laman sesawang JomZakat jom.zakatkedah.com.my, Zakat On Touch selain di kaunter bank dan amil yang dilantik di kariah masing-masing.

“Pada tahun ini juga amil akan guna kaedah digital sepenuhnya, sama ada menggunakan sistemMyAmil, memaparkan kod QR untuk diimbas pembayar zakat atau berkongsi pautan pembayaran yang disediakan. Pembayar pula akan menerima resit melalui sistem pesanan ringkas (SMS) atau e-mel,” katanya.

Bagaimanapun, Norizan berkata bagi pembayar yang menghadapi masalah menggunakan kaedah digital, bayaran boleh dibuat melalui amil yang dilantik yang akan dibekalkan dengan buku resit zakat fitrah.

Katanya pembayaran zakat fitrah hanya sah diperakui melalui platform digital yang telah disenaraikan dan melalui amil yang ditauliahkan LZNK serta mempunyai kad kuasa kutipan zakat.

Norizan berkata pihaknya menyasarkan kutipan zakat fitrah sebanyak RM12.65 juta pada tahun ini, berbanding kutipan tahun lepas sebanyak RM12.05 juta.

Dalam pada itu, beliau berkata LZNK akan meneruskan Program Infak Ayam Segar Aidilfitri dengan mengagihkan ayam segar kepada 3,333 keluarga asnaf fakir dan miskin dengan sasaran kutipan sebanyak RM100,000.

“Orang ramai yang ingin menyumbang (infak) bolehlah berbuat demikian melalui portal Asnaf Care di asnafcare.com.my,” katanya.

Selain itu, Norizan berkata LZNK juga akan menjalankan Kempen Sedekah Food Bank bagi membuka peluang kepada orang ramai untuk bersedekah sepanjang Ramadan nanti.

Mengenai prestasi kutipan zakat 2023, Norizan memaklumkan pihaknya berjaya membuat kutipan keseluruhan lebih RM277 juta, iaitu peningkatan RM25 juta berbanding lebih RM252 juta pada 2022.

“Peningkatan sebanyak RM25 juta telah memecahkan rekod sebagai jumlah peningkatan tertinggi pernah dicapai dalam sejarah LZNK dan kali terakhir pada 2019 dengan peningkatan RM23.9 juta.

“Kenaikan RM25 juta itu disumbang melalui peningkatan tiga jenis zakat utama iaitu Zakat Pendapatan, Zakat Perniagaan dan Zakat Wang Simpanan termasuk kenaikan lain-lain hasil sebanyak RM2.08 juta,“ katanya. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

2026 Shandong Innovation-Driven Development Conference & 7th Binzhou Talent Festival Held in Binzhou

BINZHOU, CHINA - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - On July 18, the 2026 Shandong Innovation-Driven Development Conference & 7th Binzhou Talent Festival was held at the Yellow River Delta Trading Center in Binzhou.

Befar Group Achieves Mass Production of 6N-Grade High-Purity Hydrogen Fluoride

BINZHOU, CHINA - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - On July 19, Shandong's Befar Group achieved a technological breakthrough in four key areas of process, engineering, testing, and filling to bring its high-purity hydrogen fluoride (HF) for semiconductor applications to the 6N grade (99.9999%).

Shopee Launches #MyShopeeJingle Competition with S$10,000 Cash Prize and Opportunity to Create Its Next...

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - Shopee today launched #MyShopeeJingle, a nationwide competition inviting tertiary students across Singapore to create the next soundtrack for Shopee's iconic 12.12 campaign.

Freshening Leverages Shopee’s Integrated Solutions to Scale Consumer Brand Zappy

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - As more established Singapore businesses adapt to changing consumer shopping habits, Shopee is helping manufacturers strengthen direct relationships with consumers through e-commerce, enabling traditionally B2B businesses to build recognised consumer brands and drive long-term growth.

1win Breaks World Record by Bringing Football to the Top of Bogotá

BOGOTÁ, COLOMBIA - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - 1win, in partnership with Colombian football creators FUTTO, has officially set a world record by organizing the highest football match ever played on top of a building.

BDMS Launches WellEra Bangkok, a US$865 Million Wellness Complex With Capella Hotel Group as...

BANGKOK, THAILAND - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - Bangkok Dusit Medical Services Public Company Limited (BDMS), one of Asia-Pacific's leading healthcare providers, has unveiled WellEra Bangkok, an approximately US$865 million (THB 29 billion) wellness-integrated development that reimagines how the built environment can actively support healthier, longer lives.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings