the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Zambry: Tiada arahan penutupan Uniten Muadzam Shah, Rompin diterima KPT

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) hari ini mengesahkan tidak ada usaha atau arahan untuk menutup Universiti Tenaga Nasional (Uniten) Kampus Sultan Haji Ahmad Shah (KSHAS) di Muadzam Shah, Rompin, Pahang sepertimana digembar-gemburkan baru-baru ini.

Menteri berkenaan Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang pemakluman mengenai arahan penutupan kampus itu.

“Tidak ada, tidak sampai berita itu kepada saya walaupun saya dengar-dengar daripada luar tetapi saya nak maklumkan, tidak ada arahan secara terus ataupun disampaikan secara tidak langsung kepada pengetahuan saya.

Saya kata berdasarkan daripada maklumat yang telah saya semak dengan pegawai-pegawai kanan saya, mereka maklumkan tidak ada apa dimaklumkan kepada mereka seperti yang digembar-gemburkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai cadangan penutupan institusi pengajian tinggi itu selepas menyampaikan ucapan pada majlis pelancaran Landasan Hala Tuju KPT 2024 di Universiti Malaya di sini hari ini.

Zambry berkata semakan dengan Ketua Pengarah (Pendidikan Tinggi) semalam juga mengesahkan bahawa tidak ada usaha menutup kampus Uniten itu.

Kerajaan negeri Pahang sebelum ini dilaporkan tidak bersetuju dengan cadangan penutupan Uniten KSHAS kerana langkah itu akan memberi implikasi tidak baik kepada kelangsungan pengajian anak-anak muda dan peluang perniagaan serta pembangunan ekonomi penduduk setempat.

Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dipetik sebagai berkata Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri membuat keputusan sebulat suara mengenai perkara itu dalam mesyuaratnya pada Rabu lepas. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Lebanon and Israel set for next talks in Italy

Lebanon and Israel will hold their next US-brokered talks in Italy on August 4 as both sides begin implementing a plan for Israeli withdrawals and Lebanese army deployments.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings