the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 4, 2026
31.7 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kanak-kanak lelaki rentung dalam kebakaran di Tawau

TAWAU: Seorang kanak-kanak lelaki ditemukan rentung dalam kebakaran melibatkan 38 rumah di Kampung Jati, Batu 5 di sini tengah malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tawau Jemishin Ujin berkata mayat kanak-kanak berusia lima tahun itu ditemukan pada 4.50 pagi.

“Seramai 27 pegawai serta anggota bomba bergegas ke tempat kejadian yang teletak pada jarak 10 kilometer dari pusat bandar dan tiba di lokasi pada 1.10 pagi.

“Kebakaran membabitkan 38 rumah di kawasan 1.57 ekar dan operasi pemadaman menggunakan sumber air jentera bomba dan air terbuka,“ katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata operasi ditamatkan pada 5.59 pagi dan punca kebakaran masih disiasat.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings