the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 22, 2026
30.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Muar jadi tumpuan pelancaran Bulan Kebangsaan 2025

MUAR: Bandar Maharani Muar dijangka menjadi tumpuan bermula hari ini sempena Majlis Peluncuran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang (MPBKKJG) 2025 di Dataran Tanjung Emas esok. Pelbagai aktiviti menarik seperti Karnival Kita MADANI, Jualan Rahmah MADANI, dan pameran Komuniti MADANI diadakan bagi memupuk semangat kebersamaan serta patriotisme.

Pengunjung berpeluang menikmati diskaun saman sehingga 30 peratus oleh PDRM, pemeriksaan kesihatan percuma, serta perkhidmatan pembaharuan lesen memandu. Selain itu, 16 reruai pameran Komuniti MADANI mempamerkan produk makanan dan pakaian tradisional dari seluruh negeri.

Bagi peminat hiburan, pentas utama akan dimeriahkan dengan Fiesta Seni MADANI malam ini menampilkan artis seperti AC Mizal, Ayai Ilusi, dan Asmidar.

Program lain termasuk Bakti Komuniti MADANI di Taman Tun Sulaiman Ninam Shah, Permukiman Komuniti MADANI di Melaka, serta Merdeka 6.8KM Fun Run & Walk dan Pelepasan Kembara Merdeka Jalur Gemilang 2025 pada Ahad.

Majlis pelancaran yang dijangka dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan sekadar acara simbolik, tetapi juga wadah menyemai semangat cintakan negara.

Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) Julina Johan berkata, pemilihan Muar sebagai lokasi penganjuran adalah signifikan kerana kekayaan warisan budaya daerah ini seperti zapin, ghazal, dan kuda kepang.

“Tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025, Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni, diterjemahkan melalui pendekatan program berasaskan rakyat sepanjang acara ini,” katanya – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Inomin Mines selected as one of Canada’s leading emerging critical minerals companies for largest-ever...

Inomin Mines has been selected to join Canada's largest-ever trade mission to Japan, highlighting its role in supplying critical minerals. The mission will support discussions on partnerships, investment, and supply chain opportunities for nickel, magnesium, cobalt, and platinum-group metals.

Wibmo Unveils Agentic Risk Intelligence Assistant – an AI Assistant for Financial Crime Operations

MUMBAI, INDIA - NewsVoir - 22 June 2026 - Wibmo, a PayU company and leading provider of payment security solutions, unveiled Wibmo Agentic Risk Intelligence Assistant (ARIA), an AI-powered platform designed to transform financial crime operations, at its flagship industry event 'Securing Digital Payments: Innovation, Intelligence & Trust' held at Jio World Convention Centre, Mumbai.

Hongkong Land Recognised as Global Leader in Sustainability Industry Rankings

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 22 June 2026 - Hongkong Land Holdings Limited ("Hongkong Land" or the "Company") has been recognised as a global leader in sustainability, achieving top-tier results in the latest ESG industry rankings.

Hong Kong’s AI Adoption Outpaces Organizational Change, Microsoft Work Trend Index 2026 Finds

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 22 June 2026 - Hong Kong employees are moving faster than their organizations when it comes to using AI, creating a growing gap between AI adoption and how work is actually designed, according to Microsoft's 2026 Work Trend Index.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings