the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, October 14, 2026
31.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Warga emas ditahan cabul 2 kanak-kanak di PPS

Special coverage

Budget 2027

Aid, taxes and what it means for your wallet.

Read our coverage

KUALA TERENGGANU: Polis menahan seorang lelaki warga emas kerana disyaki melakukan amang seksual terhadap dua kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Kuala Nerus, semalam.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mazli Mazlan (gambar) berkata suspek berusia 61 tahun yang juga mangsa banjir di PPS sama ditahan susulan dua laporan polis dibuat oleh keluarga dua kanak-kanak berkenaan.

Beliau berkata menurut laporan polis, ibu mangsa memaklumkan, kelmarin suspek telah memujuk dua kanak-kanak berkenaan untuk ke suatu tempat di PPS berkenaan dengan alasan untuk mengajar sebelum dipercayai melakukan perbuatan itu.

“Mangsa tinggal bersama keluarga masing-masing di PPS bekenaan manakala suspek bersama anak dan menantu,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu di sini, hari ini.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Susulan kejadian itu, Mazli berkata pihaknya akan meningkatkan rondaan keselamatan bagi mencegah kejadian sama berulang.

Dalam masa sama beliau menasihatkan ibu bapa supaya lebih peka dan mengawasi pergerakan anak-anak sepanjang berada di PPS.

“Di setiap PPS memang kita ada tempatkan dua anggota polis dan dua anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) untuk memantau keselamatan penghuni.

“Bagaimanapun kita tidak boleh terlalu kerap memantau pergerakan di dalam PPS kerana akan mengganggu privasi penghuni,“ katanya. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Nearly 200,000 homes rescued from troubled housing projects since 2023 – Nga

Nearly 200,000 homes with a combined gross development value (GDV) of RM158 billion have been rescued from stalled, delayed or abandoned housing developments since 2023, Housing and Local Government Minister Nga Kor Ming told the Dewan Rakyat today.

Malaysia lags behind regional peers in hybrid rice technology, says minister

Malaysia needs to catch up with China, Vietnam and the Philippines in hybrid rice technology as it seeks to increase domestic rice production and strengthen food security, Agriculture and Food Security Minister Datuk Seri Mohamad Sabu said.

El Niño could drive fish offshore, hit coastal fishermen’s incomes

Coastal fishermen could see their catches and earnings decline if the anticipated El Niño phenomenon brings extreme heat, potentially pushing fish further offshore and beyond the reach of small-scale fishing boats.

Malaysia’s F1 return generates nearly RM950m in economic impact

Malaysia’s return to the Formula 1 calendar has generated an estimated RM950 million in economic impact, with Bahrain covering the hosting rights fees for the event at Sepang International Circuit (SIC).

‘Baba-Baba’ arrangements emerging alongside ‘Ali Baba’ practices: Minister

Rent-seeking in Malaysia appears to be taking on forms beyond conventional “Ali Baba” arrangements, with so-called “Baba-Baba” practices also coming under scrutiny, Economy Minister Akmal Nasrullah Mohd Nasir said.

Young Malaysians spend RM5.4 billion through BNPL schemes in six months

Malaysians aged 30 and below made RM5.4 billion worth of purchases through Buy Now, Pay Later (BNPL) schemes in the first half of 2026, with RM96.8 million in outstanding payments, as the government strengthens safeguards against excessive borrowing.

Most Viewed

spot_img