the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

APM Terengganu agih 3,000 kit makanan kepada mangsa banjir

JERTIH: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu mengagihkan kira-kira 3,000 kit makanan banjir kepada ketua isi rumah di semua pusat pemindahan sementara (PPS) setakat hari ini.

Pengarahnya Mohd Rosman Abdullah berkata jumlah tersebut diagihkan sejak gelombang pertama banjir pada November lepas hingga gelombang ketiga yang bermula Sabtu lepas.

“Jumlah itu adalah sebahagian daripada 6,000 kit makanan yang dibekalkan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) kepada APM Terengganu.

“Bilangan kit tersebut akan ditambah mengikut keperluan dari semasa ke semasa daripada pihak NADMA,“ katanya ketika ditemui pemberita ketika mengadakan lawatan di PPS Masjid Kampung La di Hulu Besut dekat sini petang tadi.

Mohd Rosman berkata kit segera yang mengandungi makanan asas itu adalah bekalan makanan tambahan diberikan kepada ketua isi keluarga.

Beliau berkata urusan penghantaran kit berkenaan dilakukan anggota APM menggunakan trak ke setiap PPS yang terlibat terutama apabila laluan sudah dapat dilalui kenderaan berat.

Sementara itu, beliau berkata usaha pemindahan mangsa banjir gelombang ketiga ini berjalan lancar tanpa sebarang kejadian tidak diingini, membabitkan 750 anggota dan pegawai bertugas bagi membantu dan menyelamat mangsa banjir. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Lebanon and Israel set for next talks in Italy

Lebanon and Israel will hold their next US-brokered talks in Italy on August 4 as both sides begin implementing a plan for Israeli withdrawals and Lebanese army deployments.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings