the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, October 14, 2026
31.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Azam Baki: Wan Saiful diminta tampil beri laporan dalam tempoh seminggu

Special coverage

Budget 2027

Aid, taxes and what it means for your wallet.

Read our coverage

SEREMBAN: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberikan tempoh seminggu kepada Ahli Parlimen Tasek Gelugor Datuk Wan Saiful Wan Jan (gambar) untuk tampil membuat laporan berhubung pendedahan bahawa beberapa individu menawarkan ganjaran kepadanya jika menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata ini kerana adalah menjadi tanggungjawab bagi mana-mana individu yang mendakwa ditawarkan rasuah untuk segera membuat laporan berlandaskan undang-undang di bawah Seksyen 25 Akta SPRM 2009 untuk tindakan selanjutnya.

“Saya tidak boleh umumkan sekarang apa tindakan (sebenar) yang akan dibuat (sekiranya tidak lapor), kita masih lagi menunggu laporan beliau, segala kemungkinan boleh diambil (kemungkinan memanggil ke SPRM).

Apabila beliau (Wan Saiful) menyebut di Parlimen iaitu dalam dewan yang mulia (Dewan Rakyat) mengenai tohmahan rasuah yang ditawar kepada beliau maka sebenarnya jadi tanggungjawab beliau sendiri untuk buat laporan di bawah Seksyen 25 Akta SPRM 2009.

“Bukan masalah (kerja) kami nak cari. Beliaulah kena datang…(sebagai contoh) kalau kita ditawar rasuah, kita sendiri lah kena datang ke pejabat SPRM atau balai terdekat, takkan SPRM nak pergi jumpa dan ambil bawa ke pejabat, begitulah kaedahnya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri program Bicara Eksekutif Antirasuah bersama Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Negeri Sembilan ke-15 yang turut dihadiri Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun di sini hari ini.

Mengenai kes menantu bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Muhammad Adlan Berhan, Azam berkata setakat ini pihaknya belum berbincang dengan Jabatan Peguam Negara untuk menuduh di mahkamah tanpa kehadirannya.

“Ia bukan pilihan utama (tuduh tanpa kehadiran), kita perlukan orang ada di sini untuk dituduh di mahkamah. Belum lagi peringkat sekarang tapi memang saya ada garis masa kepada pegawai…bila sampai masa, sekiranya keadaan memerlukan, perbincangan akan dibuat,” katanya.

Beliau berkata keberadaan Muhammad Adlan masih belum dapat dikesan ketika ini, bagaimanapun pihaknya turut meminta bantuan Interpol selain sedang mengusahakan untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa luar negara.

Sebelum ini, media melaporkan Muhammad Adlan dan peguam Mansoor Saat sedang dikesan oleh SPRM bagi membantu siasatan kes penyelewengan projek pendaftaran, pengambilan dan penyimpanan biometrik pekerja asing bagi sebuah kementerian setelah dikenal pasti sudah meninggalkan Malaysia, masing-masing pada 17 dan 21 Mei 2023.

Sementara itu, Azam berkata tiada sebarang laporan diterima terdapat ADUN atau Exco di Negeri Sembilan terlibat dengan gejala rasuah setakat ini. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Nearly 200,000 homes rescued from troubled housing projects since 2023 – Nga

Nearly 200,000 homes with a combined gross development value (GDV) of RM158 billion have been rescued from stalled, delayed or abandoned housing developments since 2023, Housing and Local Government Minister Nga Kor Ming told the Dewan Rakyat today.

Malaysia lags behind regional peers in hybrid rice technology, says minister

Malaysia needs to catch up with China, Vietnam and the Philippines in hybrid rice technology as it seeks to increase domestic rice production and strengthen food security, Agriculture and Food Security Minister Datuk Seri Mohamad Sabu said.

El Niño could drive fish offshore, hit coastal fishermen’s incomes

Coastal fishermen could see their catches and earnings decline if the anticipated El Niño phenomenon brings extreme heat, potentially pushing fish further offshore and beyond the reach of small-scale fishing boats.

Malaysia’s F1 return generates nearly RM950m in economic impact

Malaysia’s return to the Formula 1 calendar has generated an estimated RM950 million in economic impact, with Bahrain covering the hosting rights fees for the event at Sepang International Circuit (SIC).

‘Baba-Baba’ arrangements emerging alongside ‘Ali Baba’ practices: Minister

Rent-seeking in Malaysia appears to be taking on forms beyond conventional “Ali Baba” arrangements, with so-called “Baba-Baba” practices also coming under scrutiny, Economy Minister Akmal Nasrullah Mohd Nasir said.

Young Malaysians spend RM5.4 billion through BNPL schemes in six months

Malaysians aged 30 and below made RM5.4 billion worth of purchases through Buy Now, Pay Later (BNPL) schemes in the first half of 2026, with RM96.8 million in outstanding payments, as the government strengthens safeguards against excessive borrowing.

Most Viewed

spot_img