the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Dakwaan gangguan seksual di HRPB: Polis tidak terima sebarang laporan daripada mangsa

IPOH: Polis setakat ini belum menerima sebarang laporan daripada mangsa berhubung dakwaan gangguan seksual serta ugutan, di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).

Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri (gambar) berkata pihaknya hanya menerima lima laporan daripada doktor yang ditohmah, dalam kes berkenaan.

“Kita meminta mereka yang mempunyai maklumat untuk tampil bagi membantu siasatan,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak di sini hari ini.

Sebelum ini tular surat layang yang dimuat naik dalam Facebook dan aplikasi X, yang mendakwa doktor di hospital tersebut sering melakukan gangguan seksual terhadap doktor pelatih wanita, khususnya di Jabatan Ortopedik dan mengugut untuk memanjangkan tempoh latihan mereka.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Dr Feisul Idzwan Mustapha kemudian dilapor berkata pihaknya menubuhkan Jawatankuasa Penyiasatan Bebas, bagi menyiasat dakwaan berkenaan. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Lebanon and Israel set for next talks in Italy

Lebanon and Israel will hold their next US-brokered talks in Italy on August 4 as both sides begin implementing a plan for Israeli withdrawals and Lebanese army deployments.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings