the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 29, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Mayat tanpa identiti ditemukan terapung di Sungai Linggi

State Election

Negeri Sembilan State Election 2026

1st August 2026 Negeri Sembilan, Malaysia
Learn more

SEREMBAN: Mayat dipercayai seorang lelaki ditemukan terapung di kawasan Sungai Linggi berhampiran Pusat Dakwah Islamiah Paroi, di sini petang tadi.

Ketua Polis Daerah Seremban ACP Mohamad Hatta Che Din berkata pihaknya menerima laporan berkaitan penemuan mayat itu pada 2 petang daripada lelaki berusia 63 tahun yang sedang menjala ikan.

“Kita percaya lelaki yang hanya memakai seluar jean itu meninggal dunia antara tiga hingga empat hari lepas berdasarkan mayatnya yang mereput dan berbau,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.

Beliau berkata pemeriksaan menemukan tatu pada tangan kiri dan kanan lelaki itu, namun tiada sebarang dokumen pengenalan diri dijumpai padanya.

Menurut Mohamad Hatta mayat berkenaan berkemungkinan hanyut dari Sungai Ulu Bendul dan sehubungan itu, orang awam yang kehilangan ahli keluarga atau mempunyai maklumat berkaitan penemuan mayat itu diminta tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

DFI Retail Group Holdings Limited 2026 half-year results for the six months ended 30...

"Our first-half performance, with underlying profit1 growth of 44% and a consistently improving LFL subsidiary sales trend, reflects the strength of our strategy in action – a sharper value for customers, a strong focus on returns and execution with discipline.

Most Viewed

spot_img