the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, October 14, 2026
31.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Negeri Sembilan sasar kedatangan lapan juta pelancong tahun ini

Special coverage

Budget 2027

Aid, taxes and what it means for your wallet.

Read our coverage

PORT DICKSON: Negeri Sembilan menyasarkan kedatangan lapan juta pelancong ke negeri ini dengan mengatur lebih 50 acara pelancongan tahun ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan negeri Nicole Tan Lee Koon.

Beliau berkata terdapat lebih 200 produk pelancongan akan dipromosikan termasuk pelancongan pelaburan, perubatan serta pendidikan dan kesihatan sebagai usaha menarik pengunjung tempatan dan luar negara.

“Bagi produk pelancongan pelaburan, kita (Negeri Sembilan) boleh menjadi pengantara menarik pelabur asing dalam program Tahun Melabur Negeri Sembilan (Invest NS). Selain itu, bagi pelancongan perubatan, Malaysia merupakan antara negara menawarkan kos perubatan yang rendah berbanding negara lain seperti Hospital UCSI di sini yang menawarkan rawatan tradisional yang boleh dipromosikan kepada pelancong.

“Hari ini kita kumpulkan 40 ejen pelancongan Asia Barat untuk bekerjasama bagi menaikkan nama Negeri Sembilan dalam itinerari program pelancongan mereka,“ katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan ejen pelancongan dari Asia Barat, Rusia dan India.

Ejen pelancongan itu antaranya dari Tunisia, Oman, Bahrain, Kuwait, Iran, Arab Saudi, Rusia dan India berada di Port Dickson selama empat hari dalam program Global Inbound Tourism Networking anjuran Konsortium Pakatan Pelancongan Dalam Negeri (MITA).

Beliau berkata kerjasama dengan pihak berkepentingan terus dipertingkat dengan memasukkan itinerari program ejen pelancongan terlibat.

Sementara itu, Pengerusi Eksekutif MITA Uzaidi Udanis berkata terdapat perubahan trend kedatangan pelancong dari Asia Barat apabila lebih ramai generasi muda di negara berkenaan yang datang ke negeri ini berbanding generasi berusia.

“Jadi kita tawar dan promosikan aktiviti yang lebih mencabar di Port Dickson ini seperti kapal layar, kawasan paya bakau dan santuari penyu kepada mereka,“ katanya. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Nearly 200,000 homes rescued from troubled housing projects since 2023 – Nga

Nearly 200,000 homes with a combined gross development value (GDV) of RM158 billion have been rescued from stalled, delayed or abandoned housing developments since 2023, Housing and Local Government Minister Nga Kor Ming told the Dewan Rakyat today.

Malaysia lags behind regional peers in hybrid rice technology, says minister

Malaysia needs to catch up with China, Vietnam and the Philippines in hybrid rice technology as it seeks to increase domestic rice production and strengthen food security, Agriculture and Food Security Minister Datuk Seri Mohamad Sabu said.

El Niño could drive fish offshore, hit coastal fishermen’s incomes

Coastal fishermen could see their catches and earnings decline if the anticipated El Niño phenomenon brings extreme heat, potentially pushing fish further offshore and beyond the reach of small-scale fishing boats.

Malaysia’s F1 return generates nearly RM950m in economic impact

Malaysia’s return to the Formula 1 calendar has generated an estimated RM950 million in economic impact, with Bahrain covering the hosting rights fees for the event at Sepang International Circuit (SIC).

‘Baba-Baba’ arrangements emerging alongside ‘Ali Baba’ practices: Minister

Rent-seeking in Malaysia appears to be taking on forms beyond conventional “Ali Baba” arrangements, with so-called “Baba-Baba” practices also coming under scrutiny, Economy Minister Akmal Nasrullah Mohd Nasir said.

Young Malaysians spend RM5.4 billion through BNPL schemes in six months

Malaysians aged 30 and below made RM5.4 billion worth of purchases through Buy Now, Pay Later (BNPL) schemes in the first half of 2026, with RM96.8 million in outstanding payments, as the government strengthens safeguards against excessive borrowing.

Most Viewed

spot_img