the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 22, 2026
22.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pecah monopoli: Tiada isu kekurangan tenaga kerja – Sivakumar

BATU GAJAH: Kerajaan memberi jaminan bahawa tiada pengurangan tenaga kerja berlaku sekiranya lebih banyak monopoli yang wujud di dalam negara dipecahkan.

Menteri Sumber Manusia V. Sivakumar (gambar) berkata isu itu tidak timbul kerana keperluan tenaga kerja di negara ini adalah tinggi.

“Masalah yang saya lihat ialah ada ramai daripada penganggur yang terlalu memilih kerja, itu yang menjadi masalah.

“Jadi kalau kita hendak lihat tentang kekosongan yang wujud, memang banyak jadi proses ini saya rasa tidak akan memberi apa-apa kesan buruk kepada pekerjaan yang ada di negara kita, tidak ada masalah,“ katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Penyerahan Sumbangan Iftar 2023 sebanyak RM155,000 kepada 31 masjid dan surau di kawasan Parlimen Batu Gajah di sini hari ini bagi aktiviti bulan Ramadan dan pembangunan rumah ibadat umat Islam itu.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan berkata kerajaan sedang mengkaji semula semua monopoli yang wujud di dalam negara pada masa ini sebagai langkah untuk menyediakan perkhidmatan yang lebih baik dan adil kepada rakyat pada kos yang berpatutan.

Anwar berkata demikian ketika ditanya sama ada kerajaan akan menguraikan lebih banyak monopoli berikutan keputusan kerajaan tidak melanjutkan konsesi perkhidmatan pemeriksaan kenderaan oleh Puspakom Sdn Bhd (Puspakom).

Sebelum ini, Anwar turut memaklumkan kerajaan akan mempertimbang semula monopoli Touch ‘n Go (TNG) dalam pengangkutan dan jalan raya.

Dalam pada itu, Sivakumar yang juga Ahli Parlimen Batu Gajah berkata kerajaan juga serius untuk memecahkan monopoli dalam sektor pengambilan pekerja asing ke negara ini supaya tiada pihak yang mengaut keuntungan tinggi daripada keperluan yang dihadapi oleh industri-industri pada masa ini.

“Memanglah kita tidak mahu mana-mana pihak untuk monopoli mana-mana perniagaan kecuali dalam keadaan yang memang tidak boleh dielakkan monopoli itu.

“Kalau boleh kerajaan hendak memastikan adanya satu persaingan yang sihat, kualiti barangan dan juga perkhidmatan itu boleh bertambah baik dan pada masa yang sama kita juga akan membolehkan kos menurun.

“Kalau kita biarkan mana-mana satu pihak untuk terus bermonopoli, maka yang akhirnya menjadi rugi ialah rakyat sebab yang monopoli itu selalunya akan mengaut keuntungan yang tinggi,“ katanya. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

UnionPay showcases innovations with 15 ecosystem partners at 2026 China International Financial Exhibition

UnionPay joined 15 ecosystem partners at the 2026 China International Financial Exhibition to showcase advances in global payments, cross-border QR interoperability, artificial intelligence, digital finance, and consumer growth solutions, highlighting its expanding international network and open fintech innovation ecosystem.

Ex-justice minister gets 25 years for S. Korea martial law role

A court sentenced ex-justice minister Park Sung-jae to 25 years for his role in Yoon Suk Yeol's 2024 martial law declaration.

Focus Graphite announces SEDAR+ filing of the NI 43-101 technical report with the updated...

Focus Graphite has filed an updated NI 43-101 technical report for its Lac Tetepisca Project in Quebec, outlining one of the world's largest identified graphite deposits with 120.2 million tonnes of indicated resources and significant expansion potential to support future battery-material supply chains.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings