the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 29, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Sultan Nazrin berangkat ke Majlis Sambutan Aidiilfitri Polis Kontinjen Perak

State Election

Negeri Sembilan State Election 2026

1st August 2026 Negeri Sembilan, Malaysia
Learn more

IPOH: Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Perak Tahun 2024 di Markas Pasukan Simpanan Persekutuan Unit 5, di sini malam ini.

Turut berangkat Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim, Raja Muda Perak Raja Jaafar Raja Muda Musa, Raja Puan Besar Perak Raja Nazhatul Shima Sultan Idris Shah, Raja Di Hilir Perak Raja Iskandar Dzurkarnain Sultan Idris Shah dan Raja Puan Muda Perak Tunku Soraya Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Keberangkatan tiba baginda pada 8.30 malam disambut Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan negeri Datuk Mohd Zolkafly Harun yang mewakili Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad.

Turut menyambut keberangkatan tiba baginda, Speaker Dewan Undangan Negeri Perak Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid dan Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri.

Majlis dihadiri kira-kira 3,000 orang terdiri daripada ketua-ketua jabatan dan Persekutuan serta warga PDRM.

Sultan Nazrin dan Tuanku Zara turut berkenan menyampaikan duit raya kepada anak-anak yatim dan warga kerja PDRM Perak.

Baginda berdua turut melawat beberapa gerai juadah sebelum berangkat pulang kira-kira 10.25 malam.

Mohd Yusri dalam sembah ucapannya menzahirkan rasa dukacita terhadap tragedi dua helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Selasa lepas, yang mengorbankan 10 pegawai dan anggota pasukan itu.

“Semoga roh wira-wira negara yang telah terkorban dalam nahas itu akan ditempatkan dalam kalangan syuhada. Salam takziah kepada keluarga mangsa dan marilah sama-sama kita sedekahkan bacaan surah al-Fatihah kepada wira-wira negara yang terkorban ini,” katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

DFI Retail Group Holdings Limited 2026 half-year results for the six months ended 30...

"Our first-half performance, with underlying profit1 growth of 44% and a consistently improving LFL subsidiary sales trend, reflects the strength of our strategy in action – a sharper value for customers, a strong focus on returns and execution with discipline.

Most Viewed

spot_img