the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, July 7, 2026
29.7 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

VSN 2030 ambil kira trend terkini, perkembangan modal insan: Norza

KUALA LUMPUR: Visi Sukan Negara (VSN) 2030 yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam, mengambil kira trend terkini selaras dengan aspirasi Keluarga Malaysia.

Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Tan Sri Mohamad Norza Zakaria (gambar) berkata rangka tindakan sukan bagi tempoh 10 tahun itu, berkisar kepada perkembangan modal insan, iaitu atlet dan jurulatih.

Mohamad Norza turut merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri yang mengumumkan empat inti pati utama ketika pelancaran pelan tindakan itu, sempena sambutan Hari Sukan Negara 2022 di Putrajaya.

Beliau berkata penawaran biasiswa dan peluang melanjutkan pelajaran kepada atlet yang cemerlang dan berjaya memenangi pingat dari peringkat Sukan Malaysia (Sukma) ke kejohanan antarabangsa yang diiktiraf oleh kerajaan, pastinya menjadi pemangkin kepada atlet yang bercita-cita untuk menaiki podium tanpa melupakan impian ke menara gading.

“Ini meluaskan kelompok atlet yang memiliki intelek untuk mengurus kerjaya ketika di kemuncak dan seterusnya selepas bersara. Ia juga memberi keyakinan kepada ibu bapa bahawa penyertaan anak-anak mereka dalam bidang sukan tanpa dibebani isu atau bebanan kewangan,” katanya menerusi kenyataan.

Mohamad Norza berkata VSN juga membuka peluang kepada bekas atlet untuk menyumbang semula dalam sukan, apabila mereka yang berkemahiran dipertimbangkan sebagai jurulatih Pendidikan Jasmani dan dilibatkan dalam inisiatif pencarian bakat di peringkat akar umbi melalui program My Talent Identification (MyTID).

“Yang penting proses pengenalpastian bakat dilaksanakan oleh mereka yang pernah susah dan senang dalam sukan berkenaan. Selain itu, atlet berkemahiran berpeluang meneruskan kerjaya sebagai jurulatih,” katanya.

Beliau turut positif mengenai rancangan menaik taraf fasiliti sukan bagi meningkatkan akses kepada kemudahan sukan dan secara tidak langsung meningkatkan penglibatan Keluarga Malaysia untuk bergiat aktif dalam aktiviti bersukan.

Menurutnya budaya bersukan di peringkat massa akan meluaskan kelompok masyarakat yang bersukan, sekali gus akan mendedahkan masyarakat umum kepada bibit-bibit sukan prestasi tinggi.

“Dasar ini bukan sahaja mencetuskan budaya penyelenggaraan dan pemeliharaan yang subur, ia juga memberi opsyen dan platform kepada Keluarga Malaysia untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat.

“Semakan dan pewartaan semula Jadual Pertama di bawah Akta Pembangunan Sukan 1997, iaitu jenis-jenis sukan yang tersenarai akan ditingkatkan dan e-sukan akan turut disenaraikan. Ini akan membuka ruang kepada sukan seperti e-sukan yang menjadi tarikan belia hari ini diiktiraf dan diwartakan, sejajar perkembangan masa kini,” katanya.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Oldham, Li & Nie Launches Family Office Services to Support International Families in Hong...

Oldham, Li & Nie (OLN) is pleased to announce the launch of its dedicated Family Office Services practice, expanding its capabilities in private wealth, trusts, succession planning, and cross-border structuring to meet the growing needs of international families.

XPPen Strengthens Its Commitment to Animation with 2026 Annecy Festival Residency Partnership and MIFA...

XPPen, a global leading brand in digital art innovation, continues its support for the Annecy International Animation Film Festival in 2026 through its partnership with the Annecy Festival Residency, while showcasing its latest product lineup at MIFA 2026.

VinFast honored for investor relations excellence at the Asian Excellence Awards 2026

At the Asian Excellence Awards 2026 ceremony held in Hong Kong, VinFast was recognized with three prestigious awards, including Best Investor Relations Company and two individual honors.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings