the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Warga Indonesia ditahan bersama dadah bernilai RM110,000

IPOH: Seorang pendatang tanpa izin ditahan di Langkap, Teluk Intan Isnin lepas kerana dipercayai terbabit dengan sindiket pengedaran dadah sejak Mac lalu.

Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata suspek yang merupakan warga Indonesia berusia 40 tahun itu ditahan di sebuah rumah dalam serbuan pada pukul 9.30 malam.

“Hasil pemeriksaan di rumah tersebut, polis telah menemui sebuah beg beroda berzip dan di dalamnya terdapat 20 peket plastik lutsinar berisi bahan disyaki dadah jenis heroin yang dianggarkan seberat sembilan kilogram dengan nilai berjumlah kira-kira RM110,000.

“Ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine manakala hasil semakan mendapati suspek tidak mempunyai rekod kesalahan lampau,“ katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak di sini hari ini.

Mohd Yusri berkata, dadah yang dirampas disyaki untuk diedarkan di pasaran tempatan di negeri ini yang boleh digunakan 11,000 orang penagih dadah.

Menurutnya, suspek direman selama tujuh hari bermula Selasa lepas bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Lebanon and Israel set for next talks in Italy

Lebanon and Israel will hold their next US-brokered talks in Italy on August 4 as both sides begin implementing a plan for Israeli withdrawals and Lebanese army deployments.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings