the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Women’s March Malaysia: Dakwaan notis perhimpunan enggan diterima akan diteliti – KPN

KLANG: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata beliau akan meneliti semula dakwaan bahawa polis enggan menerima notis perhimpunan daripada Jawatankuasa Penganjur Women’s March Malaysia (WMMY) 2024.

Bagaimanapun, beliau berkata keengganan polis menerima notis perhimpunan yang dihantar Jawatankuasa Penganjur WMMY 2024 mungkin disebabkan penganjur gagal memenuhi syarat ditetapkan di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736).

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Kunci Perumahan Polis Bandar Sultan Suleiman Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara di sini hari ini.

Razarudin berkata setiap tindakan yang diambil pihak polis semestinya berdasarkan peruntukan undang-undang dan sebarang penganjuran perhimpunan perlu mengambil kira aspek ketenteraman awam dan keselamatan nasional.

“Umum faham bawah Perkara 10 (Perlembagaan Persekutuan) berkenaan hak asasi untuk berhimpun tetapi ada undang-undang yang diperuntukkan kepada pihak berkuasa bagi mengimbangi di antara hak asasi dan ketenteraman awam serta keselamatan nasional.

Polis ada hak untuk menentukan syarat-syarat berhimpun, antaranya syaratnya mungkin kita minta dia (penganjur) buat di tempat lain atau jika tuan tanah tidak beri kebenaran (untuk berhimpun)… itu semua antara syarat-syarat yang penganjur perlu patuhi,“ katanya.

Sebelum ini jawatankuasa penganjur WMMY 2024 mendakwa pihaknya telah berusaha memohon kebenaran untuk mengadakan perhimpunan itu selama empat kali dan pihak polis enggan menerima notis perhimpunan yang diserahkan. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Lebanon and Israel set for next talks in Italy

Lebanon and Israel will hold their next US-brokered talks in Italy on August 4 as both sides begin implementing a plan for Israeli withdrawals and Lebanese army deployments.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings