the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Isu HRD Corp hangatkan sesi perbahasan Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR: Isu tadbir urus Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) seperti didedahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2/2024 minggu lepas menghangatkan sesi perbahasan usul laporan itu pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Antara lain, Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) menuntut agar siasatan menyeluruh dijalankan termasuk kemungkinan salah guna kuasa terhadap HRD Corp khususnya pada tempoh 2020 hingga 2022.

“Banyak penyelewengan yang berlaku. Arahan siapa, siapa yang memberi arahan kepada mereka hingga mereka berani membuat salah. (Contoh dalam laporan) Bangunan Pejabat Tapah (pusat komuniti), kenapa nak buat di Tapah? Jawapannya (dalam laporan) pada ketika itu, menteri adalah dari Tapah,” katanya.

Turut menyokong, Hassan Abdul Karim (PH-Pasir Gudang) mencadangkan Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong supaya membawa isu HRD Corp itu kepada pihak polis supaya siasatan boleh dilaksanakan secara menyeluruh.

Ketua Audit Negara Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi dalam LKAN 2/2024 mendedahkan terdapat tindakan serta keputusan diambil pengurusan HRD Corp tidak mematuhi prosedur dan tidak menjaga kepentingan dalam mencapai fungsi penubuhan syarikat.

Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) turut dilapor mendedahkan sejumlah RM3.77 bilion hasil kutipan levi daripada majikan digunakan Program Latihan HRD Corp untuk melabur dalam pelbagai aktiviti pelaburan yang bukan merupakan matlamat penubuhan agensi itu.

Sim Tze Tzin (PH-Bayan Baru) berkata isu pelaburan tidak teratur dan laporan tidak tepat diberikan kepada menteri sehingga menimbulkan krisis kepercayaan dalam kalangan rakyat adalah satu isu yang serius dan perlu diambil perhatian.

“Ini isu pengurusan daripada pengurusan tertinggi…jadi saya cadangkan perlu ada tindakan supaya CEO (Ketua Pegawai Eksekutif) diberi cuti sementara ketika siasatan sedang dijalankan. Kerana kita tahu bahawa ini juga untuk memulihkan keyakinan rakyat serta pencarum terhadap HRD Corp.

Dalam LKAN 2/2024, Wan Suraya mengesyorkan supaya pengurusan HRD Corp dirujuk kepada agensi penguatkuasaan yang berkaitan ekoran kegagalan syarikat kerajaan itu dalam audit yang dibuat.

Katanya terdapat tindakan serta keputusan diambil pengurusan HRD Corp tidak mematuhi prosedur dan tidak menjaga kepentingan dalam mencapai fungsi penubuhan syarikat itu.

Menurutnya Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) perlu mengambil tindakan sewajarnya terhadap pengurusan HRD Corp bagi ketidakteraturan yang dikenal pasti.

Persidangan bersambung esok.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Trump orders disclaimer signs outside museum of American history

The order calls on federal officials to "install temporary signage" on public walkways outside the building to "notify visitors that the Museum exhibits should be renovated" to reflect "accurate information regarding America's history."

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings