the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Mohamed Khaled: MINDEF pertingkat keupayaan aset ATM, peroleh 12 helikopter, tiga LMS

KUALA LUMPUR: Kementerian Pertahanan (MINDEF) akan mempertingkatkan lagi keupayaan aset Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerusi perolehan 12 unit helikopter baharu, tiga kapal misi pesisir (LMS) dan 136 unit kenderaan perisai mobiliti tinggi.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (gambar) berkata perolehan itu dilakukan bagi meneruskan proses pemodenan kelengkapan dan aset ketenteraan dalam memastikan ATM sentiasa berada dalam keadaan siap siaga bagi menghadapi sebarang ancaman.

Beliau berkata kelengkapan dan aset yang canggih serta mencukupi adalah sesuatu yang tidak boleh dikompromikan dalam konteks pertahanan dan keselamatan negara.

“Ketumbukan pertahanan kita mesti diperkukuh dengan pelbagai teknologi moden dan terkini terutamanya dalam konteks yang menyaksikan ancaman dan risiko keselamatan kini hadir dalam pelbagai bentuk dan cara.

“Persediaan dan kesiagaan kita harus mengundang rasa gerun dan hormat di pihak kawan dan lawan,” katanya ketika menyampaikan Perutusan Tahun Baharu Menteri Pertahanan di Wisma Pertahanan, di sini, hari ini.

Hadir sama pada majlis itu, Panglima ATM Jen Tan Sri Mohammad Ab Rahman, Panglima Tentera Udara Jen Tan Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan, Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Abdul Rahman Ayob dan Panglima Tentera Darat Jen Datuk Muhammad Hafizuddeain Jantan.

ATM juga bakal memperoleh beberapa kelengkapan seperti Maritime Patrol Aircraft, Unmanned Aerial System, Flight Lead In Trainer – Light Combat Aircraft Meriam 155mm Self Propelled Howitzer dan Trak Kembalik Ringan.

Pembekalan Fast Interceptor Craft, Suar dan Anti-sonar Decoy bagi kapal selam kelas Perdana Menteri untuk tentera laut dan Long Range Radar Complete With Ancillary Equipment di Bintulu, Sarawak untuk tentera udara.

Sementara itu, Mohamed Khaled berkata bagi tahun 2024, beliau akan menumpukan kepada kebajikan anggota dan bekas perajurit dengan menambah baik perkhidmatan kesihatan ATM.

Menurutnya sebanyak empat poliklinik ATM bakal dibina iaitu di Kluang, Johor; Seberang Takir, Terengganu, Sungai Petani, Kedah dan Kuantan, Pahang.

“Perkhidmatan kesihatan ATM akan turut dimantapkan dengan Sistem IT Kesihatan di setiap Hospital Angkatan Tentera serta Specialist Outreach Clinic dan Program Mental Health,” katanya.

Pada majlis sama, Mohamed Khaled turut menyaksikan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara Kementerian Pertahanan dengan Institut Integriti Malaysia.

Katanya objektif MoU tersebut ialah untuk membantu dan menyokong satu sama lain dalam program- program kesedaran, advokasi, penyelidikan dan pengukuhan mengenai dasar, nilai integriti, tata kelola dan antirasuah dalam sektor awam dan juga sektor korporat di Malaysia. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings