the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, December 1, 2025
24.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

57 pusat pemindahan siap bekalan hadapi musim tengkujuh di Gua Musang

PKOB Gua Musang lengkapkan bekalan makanan ke 57 PPS untuk hadapi banjir monsun, nasihat penduduk patuh arahan pindah awal

GUA MUSANG: Sebanyak 57 pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah ini telah dilengkapkan dengan bekalan makanan bagi menghadapi kemungkinan banjir Monsun Timur Laut.

Pengerusi Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Gua Musang Mohd Roshdi Ismail berkata penghantaran bekalan seperti beras, minyak masak dan makanan retort selesai dilaksanakan minggu lepas.

Bekalan tersebut mencukupi untuk keperluan mangsa banjir selama empat hingga lima hari di PPS termasuk SK Limau Kasturi dan Dewan Semai Bakti Felda Chiku 7.

“PKOB amat berpuas hati dengan persediaan yang dilakukan dan yakin pengurusan banjir dapat dilaksanakan dengan baik,” katanya.

Semua agensi terlibat bersiap siaga memainkan peranan masing-masing dengan anggota penyelamat dilengkapi persediaan mental dan fizikal.

Jabatan Pengairan dan Saliran turut menyelenggara siren serta alat amaran awal bagi memastikan sistem berfungsi sepenuhnya.

“Satu simulasi bencana banjir akan dilaksanakan dalam masa terdekat bersama pihak polis bagi menguji keberkesanan tindakan di lapangan,” jelas Mohd Roshdi.

PKOB sentiasa memantau perkembangan cuaca dan menasihati masyarakat supaya peka dengan ramalan hujan serta paras semasa sungai.

“Penduduk perlu mematuhi arahan pihak berkuasa dan segera berpindah apabila diarahkan kerana kawasan yang tidak pernah banjir juga berisiko,” tegasnya.

Orang ramai turut disaran memuat turun aplikasi MyIBJKM untuk memudahkan urusan pendaftaran di PPS.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan Kampung Limau Kasturi Aluwi Muda berkata PPS di kawasannya dilengkapi kemudahan tambahan seperti alas tidur dan khemah.

“Bukan sahaja bekalan makanan, pihak agensi juga datang membuat pemeriksaan siren dan penambahbaikan alat amaran awal di kampung ini,” ujarnya. – Bernama

Related

spot_img

Latest

BMW Prepares to Bid Farewell to the Z4 With a Final Edition

BMW is closing the chapter on one of its most recognisable modern roadsters with the introduction of the Z4 Final Edition. This limited-run version marks the last opportunity for customers to order a new Z4 before production ends in March 2026. Since its debut in 2002, the Z4 has built a strong following through its mix of distinctive styling, open-top driving and sharp handling. The Final Edition is designed as a closing tribute to the model, offering exclusive exterior and interior details that set it apart from the standard range.The Final Edition will be available for order only for a short period beginning in late January 2026, giving interested buyers a narrow window to secure one of the last examples.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories