the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, October 13, 2026
31.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Agong berkenan terima menghadap Ketua Polis Negara 

Special coverage

Budget 2027

Aid, taxes and what it means for your wallet.

Read our coverage

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan menerima menghadap Ketua Polis Negara Tan Sri Mohd Khalid Ismail.

Menurut hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, sesi menghadap itu berlangsung di Istana Negara di sini.

Pada sesi menghadap itu, Mohd Khalid memperkenalkan Timbalan Ketua Polis Negara yang baharu Datuk Seri Abdul Aziz Abdul Majid kepada Seri Paduka Baginda.

Abdul Aziz dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara berkuat kuasa 9 Sept lepas.

Mohd Khalid turut memperkenalkan Pengarah Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang baharu Datuk Mohamad Zainal Abdullah.

Mohamad Zainal, yang sebelum ini menyandang jawatan Pesuruhjaya Polis Sarawak, dilantik sebagai Pengarah Pengurusan PDRM berkuat kuasa 15 Sept lepas.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img