the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, January 17, 2026
29.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Laporan polis Arab Saudi dibuat berhubung kehilangan pelakon Nadia Kesuma

Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi sahkan laporan polis dibuat berhubung kehilangan pelakon Nadia Kesuma yang hilang di lapangan terbang Jeddah.

PUTRAJAYA: Kehilangan pelakon Nadia Kesuma yang dilaporkan hilang di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz, Jeddah, telah dilaporkan kepada polis Arab Saudi.

Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi Datuk Syed Bakri Syed Abdul Rahman mengesahkan laporan itu telah dibuat.

“Kita sedang tunggu hasil penyiasatan (daripada pihak polis Arab Saudi),” katanya.

Ketua Polis Daerah KLIA ACP M. Ravi berkata laporan kehilangan itu kini dirujuk kepada Konsulat Malaysia di Arab Saudi.

Laporan polis yang dibuat oleh ahli keluarga pelakon itu di Ibu Pejabat Polis Daerah KLIA diklasifikasikan sebagai orang hilang.

Media melaporkan pelakon filem ‘Syaitan Munafik’ itu gagal dikesan selepas transit di Jeddah dalam penerbangannya ke London dari Kuala Lumpur.

Kehilangan itu turut disahkan oleh Persatuan Seniman Malaysia (Seniman).

Setiausaha Agung Seniman Hafiz Nafiah berkata beliau telah memaklumkan perkara itu kepada Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan.

Tindakan itu bagi membolehkan usaha segera diambil untuk menjejaki pelakon berkenaan. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories